Pelakon Uqasha Senrose antara rakan selebriti yang turut berdukacita dengan kehilangan penyanyi bersuara emas, Siti Sarah.

Tambah mengharukan, apabila janji Sarah untuk membuat persembahan pada majlis perkahwinan Uqasha tidak kesampaian.

"Arwah orang yang sangat-sangat baik. Ya Allah susahnya untuk saya menerima hakikat ini.

"Kak Sarah janji nak nyanyi untuk wedding saya. Subhanallah. Semoga rohnya ditempatkan dalam golongan orang beriman," tulis Uqasha.



Dalam pada itu, Uqasha turut berkongsi perbualannya bersama Sarah yang bermurah hati untuk membuat persembahan secara percuma ketika hari bahagia Uqasha kelak.

"Untuk awak free je, awak kan adik akak. Tapi akak pregnant tau," balas Sarah dalam perbualan bersama Uqasha.

Uqasha pada mulanya mengajukan nilai bayaran seandainya mahukan Sarah untuk menyanyi pada majlis perkahwinannya yang sepatutnya berlangsung pada Jun lalu.



Selain itu, Uqasha turut berkongsi kemuliaan hati Sarah yang mahu menghadiahkan tudung jenamanya secara percuma biarpun Uqasha sendiri bertegas untuk membayarnya.

"Adik nak tudung yang mana, akak boleh bagi je. Tak miskinnya akak bagi kat adik. Doakan akak, itu yang dipinta," tulis Sarah.

Pelantun lagu Kesetiaan itu telah menghembuskan nafas terakhir pada pagi Isnin, 9 Ogos 2021 selepas menerima rawatan akibat positif COVID-19.