Laman Utama
"Kalau Betul Garang, Saya Boleh Lembutkan Dia" - Iqbal Okey Lamar Inspektor Sheila, Ini Pula Reaksi Empunya Badan!
"Bak kata Inspektor Sheila 'tak kenal maka tak cinta'. Netizen pun suka ya usik-usik ni," demikian reaksi spontan pempengaruh Iqbal Zulkefli terhadap cuitan warganet di Instagram Stories semalam.
Kata Iqbal, dia secara ikhlas bersedia menerima dan mencuba nasib melamar pegawai polis yang tular baru-baru ini, Inspektor Sheila.
Firasat Iqbal lagi, Inspektor Sheila bukanlah individu 'garang' seperti yang dianggap segelintir pihak.
"Bolehlah, saya pun sunyi boleh dengar ceramah setiap hari. Saya rasa beliau tidak garang seperti kita tengok di media sosial.
"Kalau betul garang, saya boleh lembutkan Inspektor Sheila," tulisnya lagi.
Terdahulu, Inspektor Sheila menerusi akaun Facebooknya berkongsi rasa hati untuk mencari calon suami.
Namun, Sheila menetapkan beberapa syarat sebelum bersetuju menerima dan membawa lelaki bertua untuk bertemu bapanya.
"Ada yang mahu berkahwin dengan saya? Maklumkan pada saya di ruangan komen dan kita akan keluar untuk temu janji.
"Anda juga akan diuji beberapa perkara untuk menguji keserasian sesama kita.
"Sekiranya berjaya mencapai beberapa syarat dan kriteria, kita akan berjumpa ayah saya untuk meminta restu dan persetujuan darinya.
"Hanya mereka yang komen pada hantaran ini akan keluar temu janji dengan saya. Permohonan ini terbuka kepada semua lelaki bujang (sahaja) tanpa mengira usia, bangsa, agama, profesion, lokasi dan sebagainya," tulis Sheila.
Respons Iqbal untuk melamarnya sebagai kekasih itu mendapat perhatian Inspektor Sheila dan mengulang siar laporan media di media sosialnya.
Ringkas saja, Inspektor Sheila hanya berkongsi emoji terkejut dan 'blushing' pada hantaran terbabit.
Must-Watch Video