Laman Utama
"Kalau Boleh Memanglah Hendak Anak Lelaki ..." - Almy Nadia Hamil 3 Bulan, Alami Alahan Teruk
Pelakon Datuk Fizz Fairuz, 42, berkongsi berita gembira pada Hari Bapa apabila isteri tercinta, Datin Almy Nadia, 35, sedang hamil anak keempat.
Syukur dengan rezeki yang diberikan, Fizz atau nama sebenarnya Mohd. Fairuz Zainal Abidin berkata kandungan Almy sudah memasuki 15 minggu.
"Alhamdulillah, rezeki untuk saya, isteri dan anak-anak. Isteri saya sudah 15 minggu hamil. Ada yang cakap ini rezeki anak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)... Macam-macam lagilah.
"Saya terima rezeki ini dengan lapang dada. Semoga segala-galanya dipermudahkan untuk isteri saya," katanya kepada Gempak.
Tambah Fizz, sepanjang proses kehamilan, Almy mengalami alahan yang sangat teruk.
"Almy tak okey kali ini. Alahan dia sangat teruk dengan muka alergik. Bila waktu malam saja, dia susah nak tidur selain tumit kaki selalu sakit," katanya.
Dalam pada itu, pelakon filem Munafik 2 mengakui menginginkan anak lelaki sekiranya diberikan rezeki.
"Kalau boleh memanglah hendak anak lelaki sebab sekarang semuanya heroin. Namun, biar apa pun, semuanya ketentuan-Nya.
"Biar apa pun jantinanya, kami terima dengan hati terbuka," katanya lagi.
Terdahulu, Almy telah mengalami keguguran bayi keempat dan kelima pada bulan Februari dan Mei 2020.
Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada 2014 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 6, Nurr Afrina Aurora, 5 dan Nur Afrina Ayra, 3.
Must-Watch Video