Laman Utama

“Kalau Dia Enggan Serah Diri, Kita Ambil Tindakan” – Polis Dah Tahu Tempat Persembunyian Sajat

gempak
Fiza Kamarudin
20/03/2021
00:23 MYT
Sponsor Banner
“Kalau Dia Enggan Serah Diri, Kita Ambil Tindakan” – Polis Dah Tahu Tempat Persembunyian Sajat
Polis Selangor mengesahkan sudah mengetahui tempat persembunyian usahawan kontroversi, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36.
Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, tindakan akan diambil kepada Muhammad Sajjad sekiranya dia tidak menyerah diri.
“Kalau dia enggan serah diri, kita akan ambil tindakan,” kata Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed.
Sebelum ini Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) juga meminta bantuan pihak polis untuk mengesan usahawan itu.
Terdahulu, mahkamah mengeluarkan waran tangkap ke atas usahawan kosmetik tersebut selepas dia gagal hadir prosiding sebutan semula pertuduhan berpakaian menyerupai wanita sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina pada 23 Februari lalu.
Sejak waran berkenaan dikeluarkan, Nur Sajat terus menghilangkan diri dan dipercayai menyembunyikan diri bagi mengelakkan dirinya dicekup JAIS.
Sumber: K! ONLINE
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024