Berita
“Kalau Ikut Aliff Syukri Dia Nak Anak Lagi...”- Shahida Tak Sanggup Nak Hamil Lagi Kerana...
Usahawan Datin Seri Shahida mendedahkan dia tidak sanggup hendak bersalin lagi dan cukup hanya Raudhah anak yang terakhirnya.
Pun begitu, menurut Shahida, suaminya Datuk Seri Aliff Syukri masih mengharapkan mereka dikurniakan cahaya mata lagi.
“Bila membayangkan nak megandung sekali lagi dan bersalin sekali lagi , rasa tak sanggup...cukuplah Raudhah yang terakhir.
“Tapi kalau ikut Aliff Syukri dia nak anak lagi...kalau la beranak tu macam kentut dah lama tiap-tiap tahun beranak,” tulisnya.
Shahida berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Shahida memuat naik fotonya bersama anak bongsunya.
Enyri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata bersetuju dengan pendapatnya.
Malah ada juga yang menceritakan pengalaman masing-masing.
Aliff dan Shahida berkahwin pada Ogos 2007. Pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawy dan Raudhah serta seorang anak angkat.
Must-Watch Video