Laman Utama

“Kalau Jumpa Saya Waktu Siang Nampak…”- Ustaz Kazim Bakal Berubat Ke Luar Negara Pula

gempak
Syafiqah Jalal
29/08/2022
01:40 MYT
Sponsor Banner
“Kalau Jumpa Saya Waktu Siang Nampak…”- Ustaz Kazim Bakal Berubat Ke Luar Negara Pula
Pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim memaklumkan akan menjalani rawatan penyakit kulit yang dihidapinya sejak tahun lalu di negara Arab.
Menurutnya, penyakit itu merebak ke bahagian muka hingga beliau terpaksa mengenakan topi atau memakai bedak asas ketika menyampaikan ceramah.
Ustaz Kazim berkata kepada Sinar Harian beliau akan berangkat ke negara berkenaan bulan hadapan bagi menjalani rawatan selama lima hari.
"Kalau dahulu bahagian kaki sahaja kini sudah satu badan hingga naik ke muka. Keluar rumah saya akan pakai lima lapisan bedak asas tebal untuk melindungi muka daripada cahaya matahari dan sebagainya.
"Kalau jumpa saya waktu siang, nampak elok kerana bedak. Saya masih dalam proses rawatan dan dalam masa terdekat akan ke luar negara di Arab. Setakat ini pergi lima hari namun bergantung kepada rawatan," katanya.
Ustaz Kazim memberitahu beliau sebelum ini menerima tawaran menjalankan rawatan di beberapa negara luar.
"Saya terima tawaran dari India, Turkiye dan negara Arab. Saya pilih Arab.
"Ramai pakar perubatan bantu saya setakat ini dan nampak banyak perubahan. Bahagian kaki dan badan sudah cantik serta kering lukanya," katanya.
Beliau turut mengamalkan makanan sunah seiring dengan kaedah perubatan moden.
"Kalau ada yang mengatakan saya menolak perubatan moden itu tidak benar. Saya menerima rawatan jantung dan diabetes di hospital termasuk rawatan ketika ini.
"Saya cuma katakan jangan ketepikan rawatan sunah. Saya tidak pernah tinggal habbatus sauda, madu lebah dan lain-lain sebagai salah satu usaha rawatan," katanya.
Media melaporkan Ustaz Kazim mengenakan pakaian bertopi dan menutup hampir seluruh wajahnya ketika sesi ceramah siaran langsung di Facebook sejak Isnin lalu.
Ustaz Kazim berkata, sedang menjalani rawatan dan dinasihatkan pihak doktor supaya tidak mendedahkan secara terus anggota tubuhnya kepada cahaya matahari.
Penceramah popular itu berkongsi secara terbuka penderitaan penyakit misteri dialaminya menyebabkan luka di seluruh badan termasuk muka.
Menurutnya, keadaan itu bukan sahaja menyebabkan rasa sakit, gatal dan pedih, malah membuatkan beliau gelisah hingga tidak boleh tidur seharian sejak beberapa bulan lalu.
Beliau mendedahkan terpaksa memakai solekan tebal untuk menutup masalah kulit wajahnya yang lebam dan akan berdarah secara tiba-tiba.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024