Berita

"Kalau Kawan Buang Puntung Rokok Pun Saya Pergi Kutip" - Syed Saddiq

Rozaimi Zubaidi
08/07/2018
06:45 MYT
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semalam mengejutkan orang ramai apabila secara bersahaja mengutip sampah di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur sebaik tamat perlawanan akhir Piala FA.
Menerusi entri di Twitter, Syed Saddiq menjelaskan tindakan yang dilakukan itu adalah untuk membersihkan kawasan duduk stadium yang telah digunakan dan mengajak orang ramai melakukan perkara sama.
"Saya pantang kalau nampak orang buang sampah merata-rata.
"Bagi mereka yang mengenali saya, ini bukan one-off. Kalau kawan buang puntung rokok pun saya pergi kutip. Biar dia malu dan tak akan buat lagi.
"Instead of the negativity, why don’t we all start doing the same," tulisnya.
Bagi mereka yang mengenali saya, ini bukan one-off. kalau kawan buang puntung rokok pun saya pergi kutip. Biar dia malu dan tak akan buat lagi.
Instead of the negativity, why don’t we all start doing the same. https://t.co/fpigvGJFd2— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) July 8, 2018 Hari ini tular di media sosial, apabila Syed Saddiq membawa plastik hitam besar mengutip sampah yang ditinggalkan penyokong di tempat duduk seperti bekas minuman dan tisu.
Tindakan yang dilakukan oleh Syed Saddiq ternyata mendapat pujian ramai dan mereka kagum dengan sikap yang ditunjukkan oleh beliau.
Pada perlawanan tersebut, Pahang merangkul kejuaraan Piala FA buat kali ketiga setelah menewaskan juara lima kali, Selangor, 2-0.
Dua gol pasukan Tok Gajah menerusi aksi pemain Nor Azam Abdul Azih pada minit ke-23, dan dihadiahkan penalti pada minit ke-61 selepas pertahanan Selangor, Alfonso De La Cruz menjatuhkan Agustine Iwuji sebelum Patrick Cruz tenang menyempurnakannya.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Foto: Instagram
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Battleground Malaysia

Battleground Malaysia: Road To Gold Dapat Sambutan Hangat! YB Hannah Yeoh Kagumi Bakat Hebat Para Penari

gempak
08/07/2023
14:00 MYT
Yang masuk semua memang power guys!
Laman Utama

[VIDEO] Faizal Azumu All Out Carry Watak, Shalin Zulkifli; "TQ Berkorban Kena Baling Telur, Sporting Habis!"

gempak
22/07/2022
03:55 MYT
Jaguh boling negara, Shalin Zulkifli memuji kesungguhan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Faizal Azumu beraksi dalam drama terbaharu Ratu Ten Pin 2.
Berita

Syed Saddiq Selamat Jalani Pembedahan Apendisitis

gempak
11/12/2019
05:30 MYT
Berita

"Experience Doesn't Pay The Bills" - Syed Saddiq Mahu Pelajar 'Interns' Dibayar

gempak
01/08/2019
23:23 MYT
Berita

"Saya Terkejut Apabila Beliau Menyatakan Bahawa Perlu Ke Luar Negara Untuk ....." - Syed Saddiq Imbau Kenangan Bersama Lee Chong Wei

gempak
14/06/2019
01:09 MYT