Penyanyi Stacy Anam berharap agar anak yang dipeliharanya sejak kecil, Bella Valentina atau gelaran manjanya Beya, 7, dapat mendalami ilmu agama lebih daripanya.

Semuanya gara-gara selepas melihat Beya sedang mengaji yang di ajar oleh suaminya, Akim Ahmad.

Menurut Stacy atau nama Islamnya, Ummu Syaikhah Stacy jika anak angkatnya itu mempunyai bekalan ilmu agak diharap kelak dapat membimbingnya bersama.

“Kalau Mommy tak sempat menjadi yang terbaik dalam agama kakak Beyya belajarlah bagus-bagus okay, insh-Allah boleh ajar Mommy nanti Aaminn....Salam Ramadan,” tulisnya.

Stacy berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian itu dia memuat naik video yang menunjukkan Akim sedang mengajar Beya mengaji.

Rata-rata pengikutnya memuji Akim sebagai bapa yang mengajar sendiri anaknya mengaji.

Tidak kurang juga, ada yang memberi semangat kepada Stacy untuk tidak cepat putus asa dan terus menggali ilmu agama.

Beya merupakan anak angkat Stacy sebelum berkahwin dengan Akim.

Stacy dan Akim mendirikan rumah tangga pada 5 februari 2016 dan dikurniakan seorang zuriat Eshaal, 2.
Pengacara My Doctors, Dr. Say atau nama sebenarnya Shazril Shaharuddin akui terkejut apabila mendapati jumlah bil hospital isterinya yang melahirkan anak pertama mereka mencecah RM20,000. Menurut Dr. Say isterinya juga terkejut dan mengalirkan air mata kerana merasakan jumlah bil tersebut telalu banyak kerana melahirkan bayi mereka secara pembedahan. Pun begitu, Dr. Say cuba tenangkan isterinya dan berkata duit boleh dicari tetapi kebahagiaan todak boleh ditukar ganti dan berharga. “Setelah 4 hari warded, harini bini dan baby saya dibenarkan pulang. Bersalin di hospital swasta lagi-lagi operation caesar, saya boleh agak-agak kosnya dalam RM10k-15k. Tapi bila jumlah bil sebenar dibisik ke telinga saya, terduduk saya dibuatnye bang. RM20k total. Saya jadi resah memikirkan bgaimana saya nk sampaikan nombor kepala 2 ni kepada bini. Bini start push tanya berape bil, saya tewas dengan desakannya dan dengan berat hati saya sampikan berita nombor kepala 2 tu kepadanya. “Berjurai air mata bini, dirasakan nombor kepala 2 tu semua salahnye. Dirasakan dirinya tidak layak sehinggakan dia tak dapat melahirkan baby kami dengan cara normal. Saya tenangkan bini "unny cube fikir balik, dengan 20k ni lah u berjaya gave birth to something yang teramat mustahil untuk kite dapatkan. Moreover cube you bayangkan couples yang trying to get baby, buat IVF easily dah cost around 15k so bil kite all in 20k, is ok". Biniku berjaya ditenangkan,” tulisnya. Dr. Say berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Sebelum terima kecaman, Dr. Say memberitahu dia ada sebab mengapa memilih hospital swatsa yang mana perbelanjaannya lebih mahal dari hospital kerajaan. “Mungkin ade yang berfikir, "tula siapa suruh bersalin SJMC, tu hospital orang-orang berada sahaja tu" tapi given baby's circumstance (tali pusat ketat di leher) dan komplikasi bini previously (pernah operation explorative laparotomy for burst appendicitis), SJMC was the right place. Parents saya selalu pesan, "don't be a slave for money, cause money sentiasa boleh dicari" dan betul ape kata parents saya, lepas kelahiran baby, rezeki datang bersilih ganti. Ingat peeps, jangan sesekali kite berkira when it comes to wellbeing of our baby k?” katanya lagi. Rata-rata pengikutnya, turut bersetuju dengan Dr. Say dan mendoakan agar dia dimurahkan rezeki. ​ Pasangan ini selamat menimang cahaya mata pertama mereka pada 5 Mei lalu.