Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Kalau Muka Handsome Tapi Tak Ada Bakat, Tak Ke Mana Juga" - Rosyam Nor

Muhammad Firdaus
09/07/2024 03:55 MYT
Pelakon versatil, Datuk Rosyam Nor, 57, menyifatkan bahawa karisma seseorang pelakon itu lebih penting berbanding rupa paras yang menarik.

Karisma Lebih Penting Berbanding Rupa

Menurut Rosyam atau nama sebenarnya, Mohamed Nor Shamsuddin, berpendapat wajah yang kacak ataupun cantik bukan segalanya dalam industri lakonan sebaliknya daya tarikan seseorang pelakon itu yang lebih signifikan dalam membuatkan penonton berasa tertarik untuk menonton sebuah karya.

“Handsome tapi tak ada bakat tak kemana. Pelakon tu kena ada karisma, karisma tu yang akan membuatkan ramai tertarik. Bukannya dia ‘jambu’ dia kacak.

“Pelakon kena ada karisma, orang yang berkarismatik yang dapat membawa watak dengan baik akan automatik jadi menarik di mata orang ramai.

“Kerana perkara itu yang akan membuatkan mereka melekat di hati peminat. Jadi bila menarik tu, tak kisah buruk macam mana pun jadi kacak pada perspektif orang ramai,” katanya.

BERITA TRENDING:Didie Alias Dedah Asal Usul Nama Pentasnya – “Alias Tu Punca Dia Daripada Datuk Rosyam Nor”

Mengulas lebih lanjut tentang topik tersebut, Rosyam ketika ditemui Gempak semasa malam tayangan perdana dan sidang media siri terbaharu Astro Originals, X-Change yang berlangsung di TGV Sunway Velocity, Kuala Lumpur, bagaimanapun tidak menafikan penilaian terhadap rupa paras itu terletak pada perspektif penonton sendiri.

BERITA TRENDING:"Kalau Saya Gagal Bawa Watak Cikgu Sunan, Habislah Karier Saya Sebagai Pelakon" - Rosyam Nor

“Bab-bab rupa paras ni pada akhirnya penonton juga yang akan menilai, contoh macam saya pun ada yang orang tak minat dan ada yang minat.

“Tapi kelebihan seseorang pelakon itu dapat dinilai sekiranya mereka diminati oleh setiap golongan tidak mengira sama ada lelaki mahupun wanita, dan itu antara penanda aras bahawa pelakon tersebut berjaya,” jelasnya.

BERITA TRENDING:Bekas Guru Tingkatan Lima Rosyam Nor Hadir Malam Gala Filem, Imbas Kenangan Zaman Persekolahan! - "Dia Pernah Marah Aku ..."

Sekadar info, selain Rosyam Nor, drama siri premium Astro Originals X-Change menampilkan barisan pelakon muka baharu seperti Arfie Shah, Hariz Hamdan, Sadiq Jamil dan Joey Leong sebagai teraju utama.

BERITA TRENDING:“Saya Dulu Berlakon Macam 'Tahi' Juga” - Rosyam Nor Harap Pelakon Baharu Di Beri Peluang, Jangan Terus Main Kutuk

Astro Originals, Xchange akan mula bersiaran bermula 12 Julai, setiap Jumaat di Astro Premier atau Strim di Astro GO dan sooka.

Dapatkan Pek Astro sekarang dengan pemasangan PERCUMA dari hanya RM41.99/bulan. Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my sekarang!

ATAU

Strim kesemuanya bila-bila masa, di mana-mana sahaja dengan hanya RM13.90/bulan. Yang pasti, kontrak TAKDE! #sookaGotAll, strim semuanya sekarang: www.sooka.my. #XChange #AstroOriginals #AstroGo #AstroBaharu #MasaBersama #MerapatkanKita #sookaMalaysia #sookaGotDrama

#pelakon #Rosyam Nor #Handsome #Cantik #hiburan #Bakat #Industri #Rupa