Hiburan
Bekas Guru Tingkatan Lima Rosyam Nor Hadir Malam Gala Filem, Imbas Kenangan Zaman Persekolahan! - "Dia Pernah Marah Aku ..."
Bergelar seorang pelakon berkaliber, Datuk Rosyam Nor berkongsi tentang kata-kata seorang gurunya yang masih terpahat dalam ingatan.
Menurut pelakon filem KL Gangster 2 itu, dirinya pernah dimarahi oleh seorang guru yang dikenali sebagai Cikgu Halimah dek kerana malas belajar.
"Kalau hang tak suka belajar hang jadi pelakon je...
Pelakon berusia 57 tahun itu juga turut mendedahkan bahawa kata-kata gurunya terdahulu ibarat doa terhadap pencapaian dirinya sekarang."Ini cikgu aku semasa Tingkatan 5, Cikgu Halimah. Sudah 79 usia dia. Alhamdullilah, masih sihat dan hadir malam gala Memoir Seorang Guru.
"Dia pernah marah aku katanya ‘kalau hang tak suka belajar hang jadi pelakon je’. Mungkin itu juga doa yang keluar dari seorang insan bernama guru," katanya.
Guru Hadir Ke Malam Gala Filem
Rosyam turut memuat naik video di akaun Instagramnya di mana dia berkongsi kehadiran gurunya itu semasa malam gala filem Memoir Seorang Guru yang berlangsung di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur, pada Isnin.Sekadar info, Rosyam Nor memainkan watak Cikgu Sunan iaitu seorang guru yang ditempatkan di sebuah sekolah pedalaman dan ditugaskan menjadi guru di kelas paling corot.
Filem arahan Kyoll Hamzah itu merupakan adaptasi daripada novel Memoir Seorang Guru yang ditulis oleh penulis terkenal, Azizi Abdullah yang merupakan bekas guru dan penerima Anugerah Penulis S.E.A 1998 mewakili Malaysia.
BERITA TRENDING: "Kalau Saya Gagal Bawa Watak Cikgu Sunan, Habislah Karier Saya Sebagai Pelakon" - Rosyam Nor
Selain Rosyam Nor, Memoir Seorang Guru menampilkan barisan pelakon popular tanah air seperti Nabila Huda, Zul Huzaimy, Ellie Suriaty dan Johan As'ari.Must-Watch Video