Gaya Hidup

"Kalau Nak Dibandingkan Dengan Rumah Kayu Di Felda Ni Macam Kotak Kasut" - Chef Wan

gempak
Badrul Hashim
04/08/2020
13:15 MYT
Sponsor Banner
"Kalau Nak Dibandingkan Dengan Rumah Kayu Di Felda Ni Macam Kotak Kasut" - Chef Wan
Ramai yang tahu betapa sayangnya Datuk Redzuawan Ismail atau lebih mesra dengan panggilan Chef Wan pada ibunya Che Ani. Dia sering saja berkongsi kisah bersama ibunya di Instagram miliknya itu.
Dalam dua entri berbeza, Chef Wan berkongsi kisah hidupnya semasa kecil ketika mereka tinggal di Felda Sg Koyan 2, Raub, Pahang. Chef Wan juga turut bercerita tentang pesanan arwah ayahnya.
"Ini adalah gambar semua anak saudara saya ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri satu ketika dulu. Boleh nampak tak anak saya Nadzri dan Serina?
"Kalau ikutkan, Nadzri paling tua daripada semua 24 orang anak saudara yang ada. Itulah betapa kecilnya rumah kami di Felda Sg Koyan 2, Raub, Pahang," tulis Chef Wan.
Menurut Chef Wan, rumah kayu yang mereka duduki di Felda tersebut hanya mempunyai satu bilik dan diduduki oleh 9 orang mereka sekeluarga.
"Bila ayah saya pencen awal daripada TUDM, kami dah biasa tinggal dalam kuarters tentera yang ada satu bilik.
"Tapi kalau nak dibandingkan dengan rumah kayu di Felda ni macam kotak kasut. Masuk pintu depan nampak pintu belakang dah," tulis Chef Wan.
Tambah Chef Wan, setiap malam mereka akan tidur di beralas di atas lantai kayu dan berhimpit seperti sardin sebelah menyebelah. Hanya ibu dan ayah mereka saja mempunyai katil di dalam bilik.
"Kami miskin dan tak ada banyak. Apa yang ada kami akan kongsi bersama walaupun hanya sekeping roti atau secawan nasi.
"Kami bekerja keras untuk membaiki hidup kami sehinggalah kami akhirnya dapat 13 ekar tanah kelapa sawit untuk membayar segala hutang-hutang kami," tulis Chef Wan.
Menurut Chef Wan, apa yang berlaku di Felda adalah kesalahan pengurusan dan dia tak akan dapat memaafkan mereka yang melakukan kesalahan tersebut.
"Bertahun-tahun saya bekerja keras tanpa henti kerana percaya suatu hari nanti saya akan mempunyai kehidupan lebih baik demi menukar rumah di Sg Koyan dan menaik taraf kehidupan ayah dan ibu serta keluarga.
"Mungkin ada yang lebih itu untuk membantu saudara mara yang memerlukan dan memberikan keselesaan pada kedua orang tua saya sehinggalah hayat mereka. Saya tidak pernah berputus asa malahan saya terus berusaha menjadi diri saya seperti sekarang dengan mencari rezeki yang halal," tulis Chef Wan.
Tambah Chef Wan lagi, kepada mereka yang tidak mengenali dirinya yang sebenar dan memilih untuk mengutuk dan mengata dirinya ketika dia memberi mendapat yang jujur, tidak meninggalkan kesan kepadanya.
"Malahan cacian mereka menjadi satu inspirasi untuk saya untuk membantu lebih baik dan hidup lebih gembira dengan apa yang saya lakukan buat keluarga, masyarakat dan negara.
"What doesnt kill us will always make us stronger!" tulisnya.
This is a photo of all my nephews and nieces during one of our Hari Raya Adil fitri gathering. Can u spot my son Nadzri behind Serina? In seniority Nadzri is the end eldest among all the 24 nephews and nieces family tree. That how our simple Felda home di Sg Koyan 2 Raub Pahang. Even that it was extended from a one bedroom Felda wooden home which actually house 9 of us as a family. When my father took an early retirement from the Royal Msian Airforce (TUDM) we were used to living in a 1 bedroom military squarter saja However compare to that our new wooden Felda home was like a shoe box. Masuk pintu depan nampak pintu belakang dah! At night we slept on the wooden floor on a mat like a can of opened sardines side by side. Only our parent had a bed in the bedroom. Thank god by this time my parent has stopped breeding! Otherwise we would need to sleep on top of each others! We were poor and didnt have much. What we have were share equally even a slice of toast or a cup of rice. So i come from the dirt! We worked so hard to change our life so that we finally owned that 13 acres of palm oil land paying all our debts. What happened to FELDA and being mis managed i can never forgive all those thieves. May they finally rot in hell and diakhirat nanti mereka dan keluarga mereka juga menerima balas setimpal diatas perbuatan mereka masing2. All those years i never stopped working very hard and believing that one day i can have a better life to change my home in Sg Koyan to raised the standard of living for both my parent and family and perhaps ada yg lebih itu untuk membantu saudara mara mana yg memerlukan and provide comfort to my parent sehingga la hayat mereka. Saya tidak pernah berputus asa malahan saya terus berusaha to be who i am today dengan mencari rezeki yg halal. Kepada mereka yg tidak mengenali saya yg sebenarnya and choose untuk mengutuk dan mengata saya balik apabila saya memberi pendapat saya yg jujur dan benar its ok lah. Tak berkudis pun badan saya. Malahan cacian mereka menjadi satu inspirasi untuk saya that i can help a much better and happy life by doing what i do best for my family, society dan Negara. What doesnt kill us will always make us stronger !
A post shared by chef wan (@_chefwan58) on
Dalam satu lagi entri dengan gambar yang sama, Chef Wan berkongsi pesanan yang sering diberikan oleh arwah ayahnya.
" Hati kau ni ayah perhati kan memang baik tetapi mulut kena selalu berjaga jaga agar tidak menyakiti hati orang. I know u mean well and always try to show good example to your siblings or friends.
"Tapi tak semua manusia sama hatinya, warna rambut atau pun sikap yang Allah jadikan. Yang baik di uji mau pun yang jenis degil serta kejahatan mereka masing-masing," tulis Chef Wan tentang pesanan arwah ayahnya.
Tulis Chef Wan lagi, daripada ujian hidup, kita akan dapat lihat pelbagai sifat manusia. Ada yang jenis menyombong, tamak, kedekut, riak dan suka menunjuk-nunjuk atau suka bermuka muka.
"Ayah dah hidup lama dan masak dgn sikap-sikap manusia ini yg menjadikan perbalahan sesama mereka sendiri. Itu sebab Ayah banyak berdiam Wan dari berkata kata.
"Ayah tahu wan jenis manusia yang rajin tetapi tak semua adik-adik engkau itu mempunyai sifat-sifat serupa. Janganlah paksa-paksa mereka untuk menjadi macam engkau. Lepas tu engkau kecewa," tulis Chef Wan mengingati pesanan ayahnya.
Tambah Chef Wan lagi, ayahnya selalu mengingatkan bahawa jika dia rajin berusaha dia akan berjaya manakala yang malas dan akan susah untuk hidup dan hidup dengan cara mereka
"Engkau mesti bekerja keras dan capai kejayaan di atas, jadi engkau akan dapat membantu menukar hidup keluarga dan menjadi kebanggaan ayah dan emak. Bukan semua orang mendapat tempat tu Wan.
"Allah nak beri pun dia akan pilih manusia yang jujur, gigih berusaha dan sanggup berkorban. Rezeki kita pun masing-masing sudah Allah tentu kan. Cuma satu ayah nak ingat kan bila sudah berjaya jgn sombong dan lupa diri.
"Kita mesti layan semua manusia sama rata. Biarlah kita miskin harta tetapi kita kaya dengan budi dan bahasa. Ada rezeki lebih jagalah adik beradik, saudara mara kita dan jangan lupa selalu bersedekah kepada yg amat memerlukan. Ini semua Saham akhirat kita," tulis Chef Wan lagi.
Arwah ayahnya turun berpesan supaya Chef Wan menjaga emaknya sebaik mungkin sampai ke akhir hayat kerana pengorbanan ibunya, dan tidak perlu begitu risaukan tentang dirinya.
My arwah late dad selalu ber pesan pada i.. " Hati kau ni ayah perhati kan memang baik tetapi mulut kena selalu berjaga jaga agar tidak menyakiti hati orang. I know u mean well and always try to show good example to your siblings or friends. Tapi Allah tak jadi kan manusia ini semua sama hati atau warna rambut mereka Wan. Yg baik di uji mau pun yg jenis degil serta kejahatan mereka masing2. Dari ujian hidup kita kau akan lihat mcm2 sifat manusia ini timbul. Ada yg jenis menyombong, tamak, kedekut, riak dan suka menunjuk nunjuk atau suka bermuka muka. Ayah dah hidup lama dan masak dgn sikap2 manusia ini yg menjadi kan perbalahan sesama mereka sendiri. Itu sebab Ayah banyak berdiam Wan dari berkata kata. Ayah tahu wan jenis manusia yg rajin tetapi tak semua adik2 engkau itu mempunyai sifat2 serupa. Jangan la paksa2 mereka untuk menjadi mcm engkau. lepas tu engkau kecewa. Jika kau rajin esok kau la akan berjaya dan mana yg malas dan tak rajin nak berusaha gigih they will also have to struggle in life and live within their mean my father said. U must always strive and and achieve success in order change the life of our family dan menjadi kebanggan ayah dan emak. Bukan semua orang mendapat tempat itu Wan. Allah nak beri pun dia akan pilih2 manusia dari yg jujur, gigih berusaha dan sanggup berkorban. Kemudian di uji la diatas rezeki yg di berinya. Rezeki kita pun masing2 sudah Allah tentu kan. Cuma satu ayah nak ingat kan bila sudah berjaya jgn sombong dan lupa diri. Kita mesti layan semua manusia sama rata. Biar la kita miskin harta tetapi kita kaya dgn budi dan bahasa. Ada rezeki lebih jaga la adik beradik, saudara mara kita dan jangan lupa selalu bersedekah kepada yg amat memerlukan. Ini semua saham akhirat kita. Jaga emak baik2 sampai ke akhir hayat dia diatas segala pengorbanan nya. Ayah ni jgn la kau risau kan sangat. Begitu la pesan my late father when i was small. U see he read me like a book and know exactly di mana arah tujuan saya serta sifat2 saya sebagai seorang kanak2 dan apabila saya dewasa. Hee hee "Jaga mulut despite u mean well "..???
A post shared by chef wan (@_chefwan58) on
"Begitu la pesan arwah ayah ketika saya masih kecil. Dia dapat membaca saya seperti buku dan tahu di mana arah tujuan saya serta sifat-sifat saya sebagai seorang kanak-kanak dan apabila saya dewasa.
"Jaga mulut despite u mean well," tulis Chef Wan mengakhiri tulisannya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live