,
Laman Utama

“Kalau Sayang Hubungan Kita, Call, SMS, Bukan Posting Dekat TikTok” - Anju Dedah Ego Punca Berpisah

Mya Amri
07/02/2023
23:45 MYT
Pelakon, Zarina Anjoulie mendedahkan punca utama pertunangannya bersama Datuk Seri Khazrul Elzey terputus dipertengahan jalan adalah disebabkan sikap ego.
Menerusi hantaran terbaharu di akaun TikTok miliknya, Zarina atau lebih mesra dengan panggilan Anju berkata setiap masalah perlu diselesaikan dengan cara yang lebih baik berbanding memuat naik status mengenai hubungan mereka di laman sosial.
“Kalau awak rasa awak sayang lagi hubungan kita then jadi gentleman call saya sms saya... Bukan posting kat TikTok pasal saya…” luahnya.
Dalam hantaran yang sama juga, Anju juga memaklumkan ego merupakan punca utama perpisahan mereka.
“Awak pernah jadi tunang saya of course saya masih boleh bincang dengan awak… Ingat EGO adalah punca utama boleh hancur mana-mana hubungan...
"Dan sebab EGO lah hubungan kami hancur... So be a man and fix it,” luahnya.
Terdahulu, tindakan Zarina atau lebih mesra dengan panggilan Anju memadamkan gambar-gambar bersama tunangnya itu menimbulkan pelbagai spekulasi netizen.
Lebih-lebih apabila Anju turut naik gambarnya di Instagram dengan kapsyen ringkas “Broken tapi masih bertahan,".
BACA: “Papa Tak Sebaik Yang Mama Impikan” - Tunang Anju Jawab Persoalan Status Hubungan, Mahu Terus Jadi Sahabat
Disebabkan status Anju itu juga, Khazrul kemudiannya mengesahkan hubungan mereka berakhir namun masih berharap kekal bersahabat.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Siti Saleha Kini Tunang Joshua Fitton

gempak
09/11/2024
12:25 MYT
Pelakon, Siti Saleha mendedahkan dirinya kini sudah bertunang dengan seorang pereka fesyen, Joshua Fitton.
Viral

Cik Epal Dedah Pernah Buang Ego & Cuba Perbaiki Hubungan - “Cuma Dengan Kes Milan Buat Hati Hancur & Tertutup Untuk duda Aku”

gempak
28/10/2024
23:55 MYT
Pempengaruh media sosial dan usahawan Cik Epal mendedahkan dia pernah membuang egonya dengan meminta maaf setiap hari ketika rumah tangganya dengan Jofliam sedang bergolak.
Hiburan

“Aku Keluar Atas Dasar Kasihan…” - Zarina Anjoulie Nasihat Wanita Jangan Buang Masa Bercinta Dengan Lelaki Tidak Setaraf

gempak
28/10/2024
14:55 MYT
Pelakon, Zarina Anjoulie menasihati para wanita di luar sana agar tidak membuang masa dalam menjalani hubungan percintaan dengan seorang lelaki yang tidak sama taraf.
Hiburan

Dalam Diam Rupa-Rupanya Qi Razali Sudah Bertunang, Bakal Nikah Tahun Depan - “Dia Orang Industri Tetapi…”

gempak
28/10/2024
13:25 MYT
Pelakon dan pengacara, Qi Razali mendedahkan dia kini bergelar tunang kepada seseorang wanita sejak Hari Raya Aidilfitiri lalu.
Hiburan

Liam Payne Dituduh Terlalu Obses, Bekas Tunang Minta Berhenti Ganggu

gempak
16/10/2024
15:00 MYT
Bekas tunang kepada Liam Payne, Maya Henry mendedahkan lelaki tersebut bersikap terlalu obses, sering menganggu dan kurang menyenangkan selepas hubungan mereka terlerai.
Unitar