Laman Utama

“Papa Tak Sebaik Yang Mama Impikan” - Tunang Anju Jawab Persoalan Status Hubungan, Mahu Terus Jadi Sahabat

gempak
Mya Amri
06/02/2023
23:30 MYT
Sponsor Banner
“Papa Tak Sebaik Yang Mama Impikan” - Tunang Anju Jawab Persoalan Status Hubungan, Mahu Terus Jadi Sahabat
Segala persoalan mengenai status hubungan cinta pelakon, Zarina Anjoulie terjawab apabila tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey akhirnya membuka bicara mengenai perkara itu.
Menerusi hantaran terbaharu di TikTok, Khazrul memaklumkan hubungan mereka berakhir namun masih berharap kekal bersahabat.
“Kita mampu merancang, Allah yang menentukan. Papa tak sebaik mana yang mama impikan. Kita berdua masih ada kekurangan.
"Semoga kita akan terus menjadi sahabat. Papa doakan mama dapat orang yang lebih baik," coretnya.
Hantaran itu juga turut disertakan dengan foto-foto kenangan mereka berdua sepanjang menjalinkan ikatan percintaan.
"Terima kasih atas cinta mama kepada papa. Hanya Allah dapat membalas di akhirat kelak. I love you (saya sayang kamu), mama," tulisnya.
Terdahulu, tindakan Zarina atau lebih mesra dengan panggilan Anju memadamkan gambar-gambar bersama tunangnya itu menimbulkan pelbagai spekulasi netizen.
Lebih-lebih apabila Anju turut naik gambarnya di Instagram dengan kapsyen ringkas “Broken tapi masih bertahan,".
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live