Jika anda merupakan ‘kaki wayang’, Gempak nak cadangkan supaya pergi menonton filem Dua Garis Birus yang laris di Indonesia ini.
Percaya atau tidak, selepas menonton filem ini nanti, anda akan tahu mengapa Dua Garis Biru ini ditonton oleh 2.5 juta penonton.
Bukan itu sahaja, trailer filem ini juga pernah trending nombor satu di YouTube tau!
Sebab apa? Sebab…Dua Garis Biru merupakan filem yang sangat berbeza dari yang lain kerana pengajaran dan moral tinggi yang dipaparkan.
Kepada ‘kaki wayang’ semua, tidak kiralah masih remaja atau yang mempunyai anak-anak sedang meningkat dewasa, tontolah filem ini nanti ya.
Ini sebab kenapa filem Dua Garis Biru ini WAJIB ditonton:
#1 Sarat dengan pengajaran dan moral
Mengetengahkan isu fenomenan remaja hamil luar nikah yang semakin berleluasa masa kini, file m ini tentunya akan membuka mata banyak pihak. Terutamanya tentang betapa pentingya pendidikan seks di sekolah.
Jangan pandang ringan tentang isu tersebut kerana anak-anak perlu tahu tentang risiko jika bergaul bebas.
#2 Ramai yang kata Dua Garis Biru sama dengan filem Korea, Jenny Juno
Ketika trailer ini dirilis di Indonesia, ramai yang kata filem ini sama dengan filem Korea, Jenny Juno. Walaupun, tak sama langsung isinya! Agaknya mungkin kerana trailer pun dah jadi bualan, ramai yang berteka-teki la..Tapi anda boleh tonton dan nilai sendiri, sama atau tidak dengan Jenny Juno!
#3 Lakonan mantap dua artis muda
Memang filem ini menampikan bintang baru Indonesia, tetapi dua anak muda ini ‘chemistry’ mereka hebat tau…Lakonan sangat baik dan tak kayu, okay! Kudos Angga Yunanda dan Zara JKT 48!
#4 Dah pergi Festival Filem Antarabangsa Cannes 2019
Kalau dah sampai ke Festival Filem Antarabangsa Cannes, maknanya filem ini bukan sebaragan filem lah kan?
#5 Luangkanlah masa bersama anak-anak
Menerusi filem ini juga, kita semua akan terfikir tentang peranan ibu dan bapa dalam membentuk sahsiah anak-anak. Bukan itu sahaja, carilah masa untuk bersama anak-anak walaupun sekejap, tambah-tambah lagi yang sedang meniti alam remaja. Jangan biar mereka terasa asing dan kemudiannya mencari hiburan di luar.
Nantikan kemunculan Dua Garis Biru di Malaysia, Oktober ini!