Pelakon Awal Ashaari kembali mendapat perhatian sekali lagi selepas menghadiri majlis perkahwinan pasangan penyanyi, Syamel dan Ernie pada Sabtu.

Kembali dengan video yang berlainan dari sebelum ini, Awal memuat naik rakaman pendek menunjukkan beberapa selebriti yang hadir di majlis tersebut.

“Kalau semua nak update fasal persembahan, fasal makan, siapa nak bagitahu siapa yang datang wedding tak gitu?” tulisnya.

Dalam pada itu menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya memuji hasil kreativiti Awal dalam setiap majlis yang dihadirinya.

Tidak kurang juga ada yang mengusik Awal dengan berharap aktor itu akan menghadiri setiap perkahwinan selebriti kerana terhibur dengan video rakamannya.

Sebelum ini, gelagat lucu Awal menjadi usikan peminat selepas menghadiri majlis perkahwinan Neelofa dan PU Riz.

BACA: Ramai Gelak, Awal Paling Win! - “Kalau Semua Cerita Lofa, Siapa Nak Upload Dapat Makan Apa Kan”

Syamel dan Ernie sah bergelar suami isteri pada 26 Mac 2021 dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Puncak Alam, Selangor.