Wanita yang mengalami masalah obesiti, Wani Comel memaklumkan bahawa dirinya tidak mempunyai sebarang akaun media sosial lain selain Instagram yang menggunakan nama @wanicomel20.

Perkara itu dimaklumkan Wani berikutan terdapat pihak yang didakwa cuba memperdaya orang ramai dengan menggunakan kandungan dan status yang sama di Instagram miliknya di Facebook.

"Facebook ini bukan saya punya. Saya tak pegang pun Facebook. Saya hanya pakai Instagram.

"Saya tengok ramai yang kecam. Apa agenda dia? Ambil video dan kemudian muat naik semula di Facebook yang bukan milik saya.

Untuk pengetahuan, ini bukan Facebook saya, saya hanya pakai Instagram. Selain @wanicomel20, adalah akaun palsu," katanya menerusi satu hantaran di Instagram.

Menurut Wani lebih dikesalkan, akaun yang menggunakan namanya itu juga didapati penuh dengan cercaan daripada netizen.

"Saya tengok ramai je yang mengecam. Apa motif ya ambil gambar dan video saya lepas tu muat naik di Facebook, sedangkan ini bukan Facebook saya.

"Kalau tak ada kerja, pergi cari kerja lain. Janganlah buat sesuatu benda itu sampai orang kecam aku. Walhal aku tak tahu apa-apa pun, bukan media sosial aku. Boleh tahan orang yang kecam aku di Facebook," luahnya.

Pada masa sama, Wani turut meminta pihak berkenaan untuk berhenti daripada terus memperdaya orang ramai.

"Minta tolong ya hentikan semua ni. Ramai yang DM (mesej secara peribadi) beritahu fasal Facebook tu," pintanya.

Terdahulu, Wani mencuri perhatian umum selepas terpalit isu dakwaannya menjadi mangsa penganiayaan seorang usahawan kosmetik berkaitan satu produk kurus.

Dalam pada itu, jangan lupa untuk sama-sama mengundi artis kesayangan korang yang tercalon dalam Gempak Most Wanted di sini.

Undian akan ditutup pada 28 Disember, jam 6 petang. Jadi tunggu apa lagi? Jom undi!