Laman Utama

"Kalau Tak Mahu Bela Bagilah Orang Lain" - Ziana Zain

gempak
Syafiqah Jalal
16/08/2023
07:21 MYT
Sponsor Banner
"Kalau Tak Mahu Bela Bagilah Orang Lain" - Ziana Zain
Penyanyi popular dari era 90-an, Ziana Zain akui terkesan dengan berita penderaan yang berleluasa di Malaysia termasuk yang terbaharu kes ibu kandung dera anaknya sendiri sehingga luka dan bernanah.
Menurut Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 55, dia tidak boleh terima perlakuan ibu berkenaan yang dirasakan seperti tidak masuk akal.
“Ibu ni mana perasaan sayang pada anak dia yang dikendong dan lahirkan dari kecil sehingga sanggup buat begitu? Dalam hati dia ada apa ya?
“Allah pilih kita jadi ibu bapa sebab ada orang nak dapat anak pun susah. Kita yang ada ni syukur dan jagalah amanah Allah itu jangan disia-siakan.
“Di mana perasaan kasih sayang simpati terhadap anak ni? Adakah lahirkan anak itu kerana terpaksa? Kalau tak mahu bela bagilah pada orang lain,” katanya kepada Gempak.
Pelantun lagu Putus Terpaksa itu ditanya Gempak mengenai isu yang tular seorang ibu dan pasangannya yang didakwa mendera anak kandungan berusia 7 tahun hingga menyebabkan kesan luka yang teruk dan memilukan.
Sebagai wanita yang bekerja dan sibuk sebagai aktiviti seni, Ziana memberitahu dia bernasib baik meskipun tidak dapat memantau sepenuhnya anak-anaknya namun dibantu oleh orang-orang yang dipercayai.
“Tugas menjaga anak kecil ini perlu banyak kesabaran jadi orang-orang yang bekerja dalam bidang ini perlu faham skop kerja mereka.
“Jangan aniaya anak orang, fikirlah ke hadapan nanti jika kamu ada anak dan cucu tak mustahil boleh jadi pada mereka pula.
“Macam saya, syukur saya mempunyai support system yang bagus. Kalau ada orang gaji pun saya akan bawa dia bersama dipantau oleh mak dan abah di rumah mereka.
“Alhamdulilah saya dapat pembantu yang baik dan sayang anak-anak. Benda ni nasib juga yang penting kita dah lakukan yang terbaik,” kongsinya lagi.
Ziana Zain bercerai dengan bekas suami, Armin Zaharin dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 12 Julai 2018.
Penyanyi itu dengan bekas suami mempunyai empat orang anak iaitu, Amar, Aiman, Muhammad Airil dan Siti Nur Kaseh.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live