gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
"Kau Panggil Aku Pelacur Tapi Kau Yang...." - Fara Salleh Dakwa Shuk Sahar Jual Diri Dalam Aplikasi Cari Jodoh?
HIBURAN
Rumah Tangga Arorra Salwa Diganggu ‘Penyondol’ - “Saya Pun Faham Keperluan Seorang Lelaki Bila…”
HIBURAN
'Squid Game' Musim Ketiga: Pertembungan Terakhir Gi-Hun, Front Man
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

“Kalau Tak Telefon Baru Serabut” – Ameera Khan Mengaku Dirinya & Jefri Nichol Clingy, Tak Kisah ‘On The Phone’ Berejam

gempak
Umirah Halim
10/06/2025
05:55 MYT
Sponsor Banner
“Kalau Tak Telefon Baru Serabut” – Ameera Khan Mengaku Dirinya & Jefri Nichol Clingy, Tak Kisah ‘On The Phone’ Berejam
Pempengaruh dan personaliti media sosial, Ameera Khan mengakui dia dan kekasihnya, pelakon Indonesia Jefri Nichol, merupakan pasangan yang ‘clingy’ antara satu sama lain.
Menerusi siaran langsung di media sosial baru-baru ini, Ameera menjawab soalan seorang netizen yang bertanyakan sama ada dia tidak berasa serabut kerana sering berhubung dengan kekasihnya hampir sepanjang masa menerusi telefon.
“Tak serabut ke telefon 24 jam, Meera?” soal seorang penonton ketika siaran langsung itu.
Menjawab pertanyaan tersebut, adik kepada selebriti Neelofa itu memaklumkan mereka berdua selesa untuk terus berada di talian telefon walaupun masing-masing sedang melakukan hal peribadi.
“Tak, kalau tak telefon serabut sikit kerana saya clingy, Jefri juga clingy.”
“Kalau dia ada hal dia sendiri, saya akan tanya ‘nak telefon saya balik tak?’.
“Kemudian dia cakap, ‘tidak, just stay on the phone dengan saya’.
“Kalau saya keluar pula, dia akan cakap, ‘sayang, awak akan telefon saya kalau sudah selesai?’
“Kemudian saya akan cakap, ‘tidak, just stay on the phone dengan saya.’” katanya.
Menurut Ameera, perbuatan itu juga tidak mengganggu urusan harian masing-masing, malah ia membuatkan mereka rasa lebih tenang dan disayangi.
“Telefon 24 jam itu tak mengganggu kami pun,” ujarnya lagi.
Terdahulu, dalam satu temu bual bersama Denny Sumargo, Jefri Nichol turut mendedahkan bahawa mereka pernah berbual melalui telefon selama 48 jam tanpa henti, menunjukkan betapa eratnya hubungan komunikasi mereka.
Sumber: TikTok
Topic Berkaitan
Must-Watch Video