,
Berita

"Kalau Tengah Ada Job, Sentiasalah Beringat" - Kuza Pesan Rakan Artis Jangan Boros Nak Nampak Gaya Hidup Mewah

ZULHILMI JALIL
16/08/2020
00:26 MYT
Pelakon senior Kuza menasihati rakan artis agar tidak terlalu mementingkan gaya hidup mewah ketika nama sedang berada di puncak.
Menurut Kuza atau nama sebenarnya, Tengku Sariza Tengku Muzani, 47, sebagai artis mereka perlu sentiasa beringat akan nasib dan lumrah kehidupan sebagai anak seni yang ada pasang surutnya.
"Kita kena sentiasa beringat. Kalau kita ada job (tawaran kerja) pada hari ini, kena fikir kalau tiga bulan lagi akan ada job ke tidak.
"Janganlah kalau kita ada duit hari ini, kita terus berbelanja sebab nak tunjuk kita ini glamor dan mewah, tapi hakikatnya susah.
"Kalau kita ada RM1,000, tak akanlah kita nak belanja habiskan semua kan. Pada saya kita kena sentiasa beringat," katanya kepada Astro Gempak.
Bahkan, Kuza sendiri mengakui ketika tenmpoh Perintah Kawalan Pergerakan sebelum ini, ramai rakan artis yang terkesan berikutan tiada tawaran lakonan termasuk dirinya.
Begitupun, katanya, sepanjang tempoh itu juga, dia giat melakukan aktiviti perniagaan kuih tart sebagai punca pendapatan sampingan.
"Berniaga kuih tart itu sebagai kerja sampingan sahaja. Lagipun saya tak nak buang masa, daripada duduk sahaja di rumah tak berlakon, lebih baik kita cari duit berniaga," katanya.
Dalam pada itu, kata Kuza, dia mengakui penerimaan terhadap pelakon senior atau veteran di industri hiburan di negara kita jauh berbeza tidak seperti di negara luar.
"Sepatutnya lagi banyak pengalaman, lagi dihargai dan mempunyai nilai yang lebih. Tapi kita di sini, makin berusia seolah-olah makin dipandang sepi.
"Memang kecewa dan terkilan daripada segi bayaran. Harapnya satu hari mereka buka mata dan dapat ubah," katanya yang kini bergelar ibu tunggal.
BACA: "Dah Setahun Jadi Ibu Tunggal" - Kuza Dedah Sudah Bercerai Selepas 12 Tahun Bersama
Sebelum ini, beberapa rakan artis menerima kecaman daripada masyarakat selepas mempersoalkan bantuan yang perlu diterima mereka ketika melalui saat sukar sepanjang negara dilanda wabak Covid-19.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Cik Epal Dedah Terima Tawaran Berlakon - “Aku Beraksi Lepas Iddah, Kang Duda Aku Meroyan Pula”

gempak
16/10/2024
08:25 MYT
Kontroversi yang melibatkan usahawan dan pempengaruh Jofliam dan Cik Epal dilihat masih lagi hangat diperkatakan warganet hingga ke hari ini.
Hiburan

Angeline Tan Belum Dapat ‘Offer’ Berlakon Sejak Peluk Islam, Anggap Tiada Watak Yang Sesuai Dengan Imej - “Selama Saya Berada Dalam Industri, Tak Pernah Meminta…”

gempak
09/09/2024
09:25 MYT
Pelakon, Angeline Tan mendedahkan sehingga kini dia masih belum menerima sebarang tawaran berlakon selepas memeluk islam pada September lalu.
Hiburan

Baggio Damasutra Seronok Buat Live Di TikTok, Nafi Terdesak Tiada ‘Job’ - "Saya Masih Aktif..”

gempak
08/09/2024
23:55 MYT
Sering bergiat aktif melakukan siaran langsung di TikTok, vokalis Damasutra, Baggio menafikan dirinya terdesak susulan didakwa tiada tawaran pekerjaan.
Hiburan

Peminat Mahu Irma Hasmie Kembali Berlakon, Ini Jawapan Empunya Badan – “Saya Masih Aktif Lagi, Cuma…”

gempak
01/08/2024
21:55 MYT
Pelakon Irma Hasmie memaklumkan dia masih menerima tawaran berlakon namun harus memberi keutamaan kepada keluarganya.
Hiburan

Kilafairy Tolak Tawaran Berlakon Di Hospital, Masih Trauma Dengan Pemergiaan Arwah Ibu - “Saya Rasa Perasaan Ini Akan Ada…”

gempak
16/07/2024
00:55 MYT
Sudah lebih setahun ibunya yang juga penyanyi, Allahyarham Rohana Jalil meninggal dunia, namun pelakon dan penyanyi Kilafairy, 30, mengakui masih belum mampu mengendalikan trauma kehilangan dengan baik.
BorakSeeni