Gadis berketurunan Punjabi, Shweta Sekhon, 22, dinobatkan sebagai Miss Universe Malaysia 2019.

Kejuaraan Shweta tahun ini selain menepati ramalan ramai, pemilihan untuk mewakili Malaysia dalam pertandingan ratu cantik itu dipersetujui ramai.

Malah, ada yang mencadangkan pihak organisasi menghantar Shweta untuk mengikuti kursus di Filipina yang terkenal dengan kualiti dan populariti dalam pertandingan ratu cantik seperti Miss Universe.

"Suggest to send her to Philippines for training," cadang salah seorang peminat di akaun rasmi Miss Universe Malaysia.

"Kali ini juri bijak memilih," puji pengguna lain pula.

Malam tadi telah berlangsung pusingan akhir di Hotel Majestic Kuala Lumpur yang telah mengiktiraf Shweta sebagai juara sekali gus mewakili Malaysia ke pertandingan Miss Universe 2019 pada pertengahan tahun ni.

Shweta menewaskan 18 peserta lain sebelum diumumkan sebagai juara.

Shweta yang bekerja sebagai model sambilan ini menerima hadiah wang tunai dan hadiah tajaan bernilai RM180,000 serta biasiswa pendidikan penuh dari HELP University.

Tiga finalis yang bersaing rapat dengan Shweta ialah Tessminderjit Kaur, 23, Lee Su Hsien, 25, dan Frist Yaw Hui Jing, 25.

Fakta menarik mengenai Shweta, gadis kelahiran Kuala Lumpur itu pernah memenangi pertandingan Miss World Malaysia pada tahun 2016.

Tahniah buat Shweta dan selamat mengharumkan nama Malaysia di persada dunia!

Our new Miss Universe Malaysia 2019, @shweta_sekhon_ ???✨✨✨ . @shweta_sekhon_ has been consistent and very focused throughout. She surely did show all of us that she’s confidently beautiful inside and out. Congratulations to our new beautiful queen! ?? . #TNMUM19 #MissUniverseMalaysia #BeautyBeyondYou #MissUniverse . Miss Universe Malaysia 2019 was crowned wearing @moepofficial . . #TNMUM19 #MissUniverseMalaysia #BeautyBeyondYou #MissUniverse

A post shared by Miss Universe Malaysia Org. (@missuniversemalaysia) on

Top 4 at press conference last night! ????✨✨ . Thank you @moepofficial for these custom made designer gowns. #moepofficial #moep

A post shared by Miss Universe Malaysia Org. (@missuniversemalaysia) on