Penyanyi Liza Hanim mengimbas kembali kenangan sewaktu mendengar suara Bintang Paling Popular 33, Haqiem Rusli buat kali pertama.

Menerusi akaun Instagramnya, Liza berkongsi detik pertemuannya dengan Haqiem yang pada ketika itu masih lagi dikenali sebagai artis dengan terma Budak-Budak Baru Nak Up (BBNU).

“Nak kongsi sikit, kali pertama dengar suara adik Qiem tiga empat tahun dulu, ayat yang keluar dari mulut saya ialah ‘ni BBNU yang akan bertahan, he has IT.’”

“Sekarang tidak lagi BBNU dan telahan saya tepat! Fly high dik dan tahniah Bintang Paling Popular,” tulisnya.

A post shared by Liza Hanim (@lizahanim79)


Liza dan Haqiem kembali bertemu sewaktu menjadi tetamu jemputan untuk konsert ketujuh Gegar Vaganza (GV7) pada Ahad lalu.

Haqiem dan Liza menyampaikan tiga buah lagu iaitu Segalanya, Gelisah Mimpi dan Kau Mawarku.

Sekadar info, Haqiem baru dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular 33 setelah menerima undian melebihi 22 juta.

Jangan lupa saksikan GV7 yang dikendalikan oleh dua hos versatil Jihan Muse dan Nabil Ahmad.

BACA: GV7: Oja Rampas Kedudukan Pertama! Ini Recap Dan Komen Juri Minggu Ketujuh

BACA: Aju Success Tersingkir - "Saya Pun Tak Percaya Dapat Bertahan Hingga Minggu Ketujuh"

BACA: Corat-Coret GV7: Aju Rindu Ibu, Anak Dara Tok Ram Cantik, Muss Belum Rezeki Timang Anak


GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.

Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober 2020. Manakala siaran ulangan pula adalah pada jam 11.30 malam.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’ bermula 11 Oktober 2020.