Drama Sihir bakal menyaksikan menyaksikan kolaborasi gabungan empat sutradara berbeza yang terdiri daripada Michael Ang dan Azmir Effendi, serta pelakon Kamal Adli dan Hun Haqeem.

Menariknya selain duduk di kerusi pengarah, Kamal dan Hun juga juga turut menyandang watak utama pada masa yang sama.

Sihir merupakan idea asal yang diilhamkan oleh pengarah prolifik Michael Ang, Syawal Azrai dan Srikandi Emma manakala panel skrip pula dibarisi oleh Nadia Khan, Michelle Yoon, Rahim Ramli, Qawiem Hamizan serta Mamu Vies.

Drama rantaian Sihir juga adalah sebuah naskhah asal terbitan syarikat produksi Juita Viden Sdn. Bhd mengisahkan tentang perkara syirik seperti amalan sihir dan santau yang bercanggah dengan ajaran Islam tetapi masih diamalkan secara berleluasa oleh segelintir masyarakat Melayu.

Selain Kamal Adli dan Hun, Sihir turut dibintangi dengan kehadiran nama-nama popular antaranya Zarul Umbrella, Sharifah Shahora, Farah Ahmad, Zaryn Myn, Wan Ellyas, Fiza Thomas,Dr. Katalina, Mak Wan Latah dan Dilla Ahmad.

Sihir akan ditayangkan setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 11.00 malam secara ekslusif bermula hari ini di saluran Astro Ria (104).

Untuk pilihan yang lebih fleksible, Sihir turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand.

Sinopsis:

Drama 20 episod ini menceritakan tentang pasangan kembar bernama Nuh dan Hud yang mempunyai kelebihan deria keenam.

Watak Nuh, lakonan Kamal Adli mempunyai kebolehan untuk melihat masa depan menerusi mimpi manakala Hud lakonan Hun Haqeem pula memiliki hijab yang membolehkannya melihat perkara yang ghaib dan mistik.

Mereka sering mendapat alamat daripada mimpi atau dengan melihat bayangan sebagai petunjuk kepada sesuatu perkara.

Kembar ini dibelanggu persoalan untuk menjejaki asal usul mereka dan sepanjang perjalanan itu Nuh dan Hud dipertemukan dengan insan yang merana kerana sihir dan orang-orang yang mengamalkan ilmu sihir.

Setiap kali mereka membantu, mereka sering merasakan semakin dekat dengan jawapan yang mereka cari.

Satu persatu petunjuk dirungkai yang akhirnya membawa Nuh dan Hud untuk mengenali siapa diri mereka yang sebenarnya.

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!

Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!