Seorang wanita tular di laman sosial apabila berkongsi tentang pengalaman memperbaharui pasport di UTC di Johor.

Menerusi status yang dikongsi di Facebook, wanita itu mendakwa yang dia mengalami pengalaman serupa untuk kali kedua - kali ini untuk memperbaharui pasport anak perempuannya.

BERITA TRENDING: Satu Keluarga Tidak Dapat Melancong Ke Luar Negara Gara-Gara Tak Renew Passport 6 Bulan Awal

“Hari ini saya bawa anak perempuan ke UTC Johor untuk perbaharui pasport. Kami warganegara tetapi belajar di Singapura sejak kecil. Jadi, bahasa Melayu kami kurang fasih, tetapi kami terpelajar, sopan, menghormati dan memahami.

“Ketika anak saya membalas pertanyaan kakitangan yang menjaga kaunter, dia meminta anak saya untuk bercakap bahasa Melayu. Ini Malaysia, kamu orang Malaysia? Kamu adalah orang Malaysia dan kamu mesti bercakap dalam bahasa Melayu,” kongsi wanita itu sambil memberitahu nada lelaki berkenaan kedengaran agak garang.



Wanita itu turut memberitahu yang kakitangan UTC itu memberitahu supaya mempertimbangkan untuk menjadi warganegara Singapura jika tidak tahu berbahasa Melayu.

Sungguhpun wanita itu sudah menerangkan yang dia anak beranak bersekolah di Singapura dan tidak fasih berbahasa Melayu, namun, lelaki berkenaan menjerit ke arahnya.

“Kemudian? Kamu masih nak buat?Jangan buat. Kamu boleh pergi sekarang,” kongsi wanita itu.



Dalam masa yang sama, wanita itu turut berkongsi yang dia mengalami masalah serupa di kaunter lain yang dijaga oleh kakitangan wanita pula.

BERITA TRENDING: “Jangan Lah Nak Perbodohkan Orang” - Netizen Dakwa Sajat Bukan Dapat Passport Tapi Hanya Pas Pelarian Di Australia?

Bagaimanapun, wanita itu dapat memperbaharui pasport miliknya selepas dibantu oleh seorang rakan yang mengenali kakitangan institusi tersebut.

Sumber: Platform X