,
Laman Utama

“Kami Bercinta Masa PKP”- Fizo Omar Dedah Detik Perkenalan Dengan Isteri

Syafiqah Jalal
29/10/2021
03:48 MYT
Selepas seminggu mendirikan rumah tangga, pelakon Fizo Omar akhirnya mendedahkan bagaimana detik perkenalannya dengan isteri, Fazeera Nazri Aziz.
Kata Fizo, dia mengenali isterinya ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan mereka hanya berkenalan selama lebih setahun.
“Sebenarnya kami baru kenal setahun. Dia merupakan pramugari di Doha sebelum ini dan pulang ke Kuala Lumpur ketika PKP.
“Dalam tempoh PKP kami terjumpa di suatu tempat dan masa tu la kami berkenalan bercinta,” katanya.
Fizo mendedahkan perkara tersebut di dalam sesi soal jawab atau Q&A di InstaStory Instagram (IG) milikya semalam.
Tambah Fizo lagi, anaknya Wan Maryam Wan Hafizol amat menyenangi isterinya yang berasal dari Sarawak itu.
“Apa yang paling penting Maryam okay dengan dia,” dedahnya lagi.
Berita perkahwinan kali kedua Fizo itu mengundang kejutan ramai apabila dia pertama kali memuat naik fotonya berbaju Melayu putih bersama anaknya Maryam di IG dengan kapsyen seolah-olah sudah menamatkan zaman dudanya.
Tidak lama itu, foto perkahwinan mereka tersebar dan pasangan itu difahamkan bernikah pada 21 Oktober lalu dalam satu majlis yang diadakan di Bidaisari Resort, Janda Baik, Pahang.
Terdahulu, Fizo pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mawar Karim pada November 2013 dan dikurniakan cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia empat tahun. Bagaimanapun, Fizo dan Mawar bercerai pada Julai 2019.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

3 Pelajar UiTM Dungun Maut: 'Saya Sudah Tiada Anak Lelaki' - Bapa Mangsa

gempak
10/10/2024
04:55 MYT
Saya dah tak ada anak lelaki selepas kedua-duanya meninggal dunia akibat kemalangan".
Hiburan

Shamsul Ghau Ghau Sokong Tindakan Fattah Amin Simpan ‘Aib’ Bekas Isteri - “Sebagai Lelaki, Dalam Rumah Tangga Ini…”

gempak
09/10/2024
21:55 MYT
Pelakon dan pelawak, Shamsul Ghau Ghau memuji tindakan aktor Fattah Amin yang memilih untuk menyimpan rahsia atau aib bekas isterinya, Nur Fazura kepada umum selepas menceraikan aktres tersebut.
Berita

Tak Simpan Rahsia, Lelaki Ini Selamba Bawa Empat Isteri Semasa Berkempen

gempak
09/10/2024
09:25 MYT
Seorang calon wali kota Prabumulih, Sumatera Selatan menarik perhatian ramai apabila memperkenalkan empat isterinya kepada masyarakat setempat semasa berkempen di Kecamatan Cambai, baru-baru ini.
Berita

Imam Maut Kemalangan Selepas Lawat Isteri Bersalin Di Hospital

gempak
09/10/2024
05:25 MYT
Seorang Imam masjid maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandunya terbabas dan terbalik di Kilometer 211.8, Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) arah utara dekat Sitiawan pada Selasa.
Viral

Dr Zulkifli Al-Bakri Nasihat Pasangan Bercerai Elak Buka Aib - “Jangan Cederakan Emosi Anak”

gempak
09/10/2024
03:55 MYT
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menasihatkan agar pasangan suami isteri mengelak daripada mengungkit keaiban atau kekurangan masing-masing terutamanya selepas berlaku perpisahan.
BorakSeeni