,
Berita

“Kami Berkorban Jiwa Dan Masa Demi…”- Frontliner Sebak, Menangis, Merayu Dalam Siaran Langsung

Syafiqah Jalal
10/04/2020
09:29 MYT
Petugas barisan hadapan di Makmal Diagnostik Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM) meluahkan perasaan mereka ketika bersiaran langsung dalam program berita AWANI 7:45.
“Duduk di rumah, tolong ikut arahan kerajaan. Jangan keluar... penjarakan sosial itu sangat penting sebab itulah kita terpaksa menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
“Kami berkorban jiwa dan masa untuk keluarga kami demi anda semua. Jadi anda semua tolonglah kami, kita jaga kita, duduk di rumah, dan kita lawan COVID-19,” katapetugas tersebut
Noor Hamiza Gulam, seorang juruteknologi di makmal perubatan itu menitiskan air mata apabila mengenang nasib yang terpaksa berjauhan dengan ahli keluarga.
Beliau diberi 'tanggungjawab' dan keizinan khas untuk bersiaran secara langsung bagi menunjukkan kepada penonton tentang emosi dan situasi yang mereka hadapi setiap hari ditempat kerja, sejak menularnya wabak koronavirus di negara ini.
Menurut Noor Hamiza, tiada apa lagi yang diinginkan oleh pihaknya, selain mengharapkan orang ramai agar duduk di rumah supaya setiap insan dapat kembali menjalani kehidupan bersama yang tersayang seperti hari-hari biasa.
Tidak cukupkah realiti risiko penularan wabak koronavirus ini untuk menjentik rasa bimbang dan sedar dalam kalangan masyarakat negara ini?
Ketika segelintir daripada kita masih ingkar pada perintah itu, cuba mencabar pihak berkuasa, masih menganggap semua ini main-main, dan menyangka kehidupan tetap berjalan seperti biasa tanpa perlu mengambil peduli...
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Penangan 'Cendawan Ajaib'! Lelaki Kerat Zakar & Simpan Dalam Balang, Doktor Sempat Sambungkan Tapi ...

gempak
01/10/2024
20:55 MYT
Seorang lelaki yang bercuti di Austria dan makan tumbuhan dikenali sebagai ‘cendawan ajaib’, mengalami gangguan mental sehingga mendorong dia memotong zakarnya dan menyimpan organ tersebut di dalam sebuah balang dipenuhi salji.
Viral

Cari Duit Lebih, Lelaki Menyamar Doktor 20 Tahun Ditangkap

gempak
09/09/2024
15:55 MYT
Seorang lelaki berjaya menyamar selama 20 tahun sebagai seorang doktor hanya dengan pengetahuan yang diperoleh sebagai pemegang ijazah dan sewaktu melakukan latihan perubatan semasa bergelar tentera laut.
Viral

Nafas Busuk, Doktor Jumpa Lipas Dalam Tekak Lelaki

gempak
07/09/2024
03:55 MYT
Seorang lelaki berusia 58 tahun di Haikou, wilayah Hainan tidak menyangka nafasnya berbau sangat busuk berpunca daripada seekor lipas yang mati di dalam tenggoroknya, lapor portal berita Oddiy Central kelmarin.
Hiburan

Dakwa Pertahan Diri Dari Dirogol, Anak Artis Kerat & Buang Anggota Badan Doktor

gempak
31/08/2024
13:55 MYT
Bawa polis ke sekitar tujuh lokasi tempat dia membuang anggota badan yang telah dikerat disumbat dalam plastik sampah.
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
BorakSeeni