Lima beranak di Taman Melur, Padang Serai, Kedah hidup serba kemiskinan apabila rumah yang didiami dipenuhi sampah sehingga menganggu jiran tetangga.

Seorang wanita bernama Farah Farhana Abdullah berkongsi satu status tentang rumah kotor tersebut di Facebooknya lalu menarik perhatian netizen.

Menurut individu itu lagi, rumah tersebut terlalu kotor hingga bau tahi memenuhi kawasan rumah dan tetangga.

“Saya nak tanya pendapat semua kalau anda dapat jiran macam ni, apa tindakan anda?

“Ini rumah yang disewa. Kami dan lali bau tahi di depan rumah. Kami dah tak tahu nak report kat mana lagi,” tulisnya di laman Facebook.

Dia turut mendakwa tandas di rumah tersebut rosak sehingga menyebabkan seluruh ahli keluarga membuang air di hadapan rumah. Segala najis akan masuk ke dalam parit dan melalui rumah-rumah jiran.

Tambahnya lagi, laporan sudah dibuat di pelbagai pihak berwajib dan ramai yang telah datang melihat keadaan rumah terbabit namun tiada tindakan susulan diambil.

Menerusi gambar-gambar yang dikongsikan olehnya lagi, ternyata keadaan rumah itu terlalu kotor sehingga tak tercapai dek akal bagaimanakah keluarga itu boleh tinggal di sana.

Walaubagaimanapun, difahamkan rumah tersebut pernah menerima kunjungan dari NGO yang membantu membersihkan rumah tersebut.