Laman Utama

“Kami Jumpa Dua Lelaki Bogel Dalam Kereta” - Squad Pencegah Maksiat

Gempak
02/11/2023
07:50 MYT
Menyedari peranan berdakwah kepada masyarakat, Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Setia Alam menubuhkan Skuad Nahi Mungkar atau dikenali sebagai Skuad Pencegah Maksiat sejak 13 tahun lalu.
Menurut pengerusi skuad yang juga merupakan bendahari masjid, Tengku Ibrahim Tengku A Samad Shah, skuad dianggotai 12 ahli kariah itu ditubuhkan ketika rumah ibadah itu masih beroperasi sebagai surau pada 2010.
Ia ditubuhkan bertujuan mencegah kemungkaran dengan mempunyai van khas yang diinfakkan oleh orang perseorangan.
“Pada peringkat awal, rondaan dibuat sebanyak empat kali seminggu bermula dari pukul 10.30 malam dan berakhir hingga 3.30 pagi.
“Tugas kami hanya menegur, menasihati dan bukan menghukum mereka yang terjebak dengan maksiat, gejala sosial serta kelakuan tidak bermoral khususnya dalam kalangan remaja,” katanya.
Berkongsi pengalaman melakukan rondaan, squad mereka pernah bertemu dengan dua lelaki berbogel di dalam kereta.
“Kami pernah jumpa dua lelaki Cina berbogel di dalam kereta, kes khalwat, tak berpuasa di bulan Ramadan, isteri berzina dengan lelaki lain dan kes jual dadah serta menemui sekumpulan pelajar Melayu yang selamba meneguk arak di kawasan taman.
Bila terserempak dengan kami, ramai yang lari lintang pukang sedangkan tujuan kami lebih pada menegur, mendidik dan menasihati mereka supaya tidak melakukan maksiat,” kongsinya.
Untuk pengetahuan, operasi juga turut dilakukan hasil aduan orang awam.
Rondaan dilakukan sekitar kawasan tasik, taman, tempat sunyi, ruang parkir dan rumah kediaman berdekatan.
Skuad berkenaan turut mendapat kerjasama daripada Balai Polis Komuniti Setia Alam dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Sumber: UTUSAN MALAYSIA
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Lelaki Berpakaian Wanita ‘Kantoi‘ Curi Baju Dalam

gempak
25/07/2024
04:01 MYT
Perbuatan seorang lelaki yang mencuri pakaian dalam di sebuah kawasan kejiranan berjaya dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV).
Berita

Lelaki Tunjuk Kemaluan Dalam Pejabat Dicekup

gempak
24/07/2024
14:30 MYT
Tindakan seorang lelaki berkelakuan tidak senonoh dengan menunjukkan kemaluannya ke arah rakan sekerjanya dalam kejadian dekat Putra Plaza, 12 Julai lalu mengundang padah apabila diberkas pada Isnin.
Hiburan

Mila Jirin Berdepan Detik Cemas Di China, Kereta Berhenti Mengejut Di Highway Sebab Tayar Pecah! - “Kenderaan Berat Laju, Lori Trailer Hon”

gempak
23/07/2024
05:50 MYT
Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin berdepan detik cemas apabila pemandu keretanya terpaksa menghentikan kenderaan yang dinaiki secara mengejut di pertengahan lebuh raya akibat tayar pecah.
Viral

Lelaki Didakwa ‘Kurang Siuman’ Mandi & Berbogel Di Tempat Awam, Netizen Seriau - “Nampak Gaya Malaysia..”

gempak
22/07/2024
09:20 MYT
Seronok mandi dan berbogel di tempat awam, tindakan seorang lelaki didakwa ‘kurang siuman’ ini mendapat perhatian ramai.
Berita

Kenal Hampir 10 Tahun, Lelaki Malaysia Diculik & Dijual Rakan Sendiri Ke Sindiket Di Myammar

gempak
21/07/2024
09:25 MYT
Seorang lelaki Malaysia berjaya diselamatkan selepas ditipu, diculik, dan ditahan untuk wang tebusan selama dua bulan di Myanmar.