Laman Utama
"Kami Sebagai Tikus Makmal Rasa Bertuah" - Done Langkawi! Nora Danish Harap Boleh Melancong Lagi
Pelakon Nora Danish mengakui bertuah menjadi sebahagian daripada pelancong terawal ke pulau peranginan, Langkawi, Kedah selepas dibuka pada 16 September lalu.
Kata Nora, 39, biarpun dijadikan sebagai 'tikus makmal', dia bersyukur apabila tiada kes jangkitan COVID-19 dilaporkan membabitkan pelancong di Langkawi.
"Alhamdulillah kami sebagai 'tikus makmal' rasa bertuah. Semoga dapat lagi tempat-tempat pelancongan lain dibuka. Doa yang baik-baik," tulisnya menerusi hantaran di Instagram Stories.
Nora turut berkongsi paparan skrin tangkap layar daripada laporan berita tempatan mengenai tiadanya kes positif COVID-19 melibatkan pelancong yang berkunjung ke pulau peranginan itu sejak minggu lalu.
Untuk rekod, Nora antara artis terawal yang berkunjung ke Langkawi sebaik sahaja lokasi percutian popular itu dibuka kepada pelancong. Selain Nora, jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri juga antara yang sempat bercuti di Langkawi.
Sepanjang beberapa hari di Langkawi, aktiviti Nora bersama suami dan anaknya mencuri perhatian netizen hingga ada yang turut mengecam aksi daringnya.
Bintang sitkom Puteri itu akhirnya menutup ruangan komen sebelum membukanya semula sebaik tiba di Kuala Lumpur.
Must-Watch Video