,
Laman Utama

“Kami Sedia Beri Kerjasama Andai RM1 Juta Itulah Nilai Persahabatan…” – Isteri Lan Solo Luah Perasaan

Fiza Kamarudin
01/08/2021
15:15 MYT
Isteri penyanyi Lan Solo iaitu Nur Sheila Hassim meluahkan perasaannya berdepan kontroversi melibatkan penyanyi Siti Nordiana yang juga bekas sahabat baiknya.
Menerusi luahan Sheila di ruangan Instagram (IG) Story, dia seolah-olah terkilan apabila luahan bersama tiga rakan yang lain termasuk suami dimanipulasi.
“Lama juga saya berdiam. Saya biarkan segala kecaman, caci maki terhadap kami. Sehingga episod kematian bapa mentua diejek-ejek.
“Walau masih ada yang waras berfikir mereka juga dikecam! Saya sudah jangka luahan kami dimanipulasi.
“Kalau bukan kerana adanya provokasi yang dimulakan, pasti semua ini takkan terjadi. Saya manusia biasa dan punya perasaan bila asyik diasak soalan-soalan provokasi yang saya kadang-kadang tak mampu nak kawal.
“Setahun lebih kami mencari dan minta penjelasan kenapa kami diperlakukan begini. Senyap...sunyi...sepi," katanya.
Sheila turut menjelaskan tentang RM200,000 yang dituntut Siti Nordiana bersama-sama dengan tuntutan permohonan maaf yang dihantar kepada mereka.
Dedahnya, pihak Siti Nordiana hanya menyatakan menuntut permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh masa 24 jam kepada media, tetapi tidak menjelaskan ia berserta jumlah wang RM200,000 yang perlu dibayar mereka.
"Kami sedia beri kerjasama. Kalaulah nilai RM1 juta itu adalah bayaran sebuah persahabatan," katanya.
Kontroversi di antara enam sahabat ini menjadi perhatian ramai apabila nama Siti Nordian disebut dalam IG Live di IG melibatkan penyanyi Lan Solo, Sheila, Syura, jurusolek Aida G dan pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC, Sam Samin pada 20 Julai lalu.
Siti Nordiana kemudian melantik firma guaman dari Tetuan Abang Azlan & Associates yang diwakili peguamnya, Abang Azlan Abang Ariffin.
Penyanyi dan pelakon tersebut meneruskan tindakan saman terhadap kelima-lima individu itu selepas tiada permohonan maaf secara terbuka seperti yang dituntut.
Tuntutan saman akan difailkan kepada mereka selewat-lewatnya 2 Ogos ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Syifa Melvin Nasihat Kaum Isteri Berhenti ‘Spotcheck’ Telefon Suami - “Jaga Mental Sendiri Tapi Bukan Dengan…”

gempak
13/11/2024
00:55 MYT
Pempengaruh media sosial, Syifa Melvin memberitahu dia kurang bersetuju dengan tindakan segelintir wanita terutama bergelar isteri yang gemar memeriksa telefon bimbit suami mereka.
Viral

Inspektor Sheila Bebas Kes Hina Peguam

gempak
12/11/2024
01:20 MYT
Mahkamah Majistret di sini, pada Isnin, melepaskan dan membebaskan Inspektor Sheila daripada satu pertuduhan menghina kesopanan seorang peguam, tahun lalu.
Hiburan

Zera Hariz Sah Bergelar Isteri Kepada Iqwan Alif Selepas 7 Tahun Bercinta, Terima Wang Hantaran RM11,111.00

gempak
11/11/2024
08:20 MYT
Pelakon dan penyanyi Zera Hariz sah bergelar isteri kepada pilihan hatinnya yang juga penyanyi, Iqwan Alif pada 1 November lalu.
Hiburan

Sambut Ulang Tahun Ke-28, Isteri Hadiahkan MK K-Clique Motosikal Idaman - “Dia Kata Nak Sangat…”

gempak
09/11/2024
09:55 MYT
Isteri kepada penyanyi rap, MK K-Clique iaitu Siti Hajaar menghadiahkan sebuah motosikal berkuasa tinggi kepada suaminya bersempena menyambut ulang tahun kelahiran ke-28, pada Julai lalu.
Hiburan

Tamatkan Zaman Janda, Ina Naim Kembali Bergelar Isteri!

gempak
08/11/2024
04:30 MYT
Menerusi video yang dikongsikan di Tiktok, Telur Pindang Tradisi Johor memaparkan momen pasangan itu melangsungkan pernikahan di kampung halaman Ina iaitu di Kota Tinggi, Johor.
Unitar