Laman Utama

Kanak-Kanak Berusia 3 Hingga 17 Tahun Di China Akan Divaksin

gempak
Awani
12/06/2021
01:46 MYT
Sponsor Banner
Kanak-Kanak Berusia 3 Hingga 17 Tahun Di China Akan Divaksin
Puluhan juta kanak-kanak di China akan diberikan suntikan vaksin selari dengan sasarannya untuk memvaksinasi 80 peratus populasinya menjelang akhir tahun ini.
Perkara tersebut disahkan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China selepas fasa kedua ujian klinikal terhadap dua vaksin buatan negara itu, Sinopharm dan Sinovac kepada kanak-kanak berusia antara tiga hingga 17 tahun.
Menurut pakar pusat berkenaan, Shao Yiming, vaksin yang diuji terbukti selamat untuk diberikan kepada kanak-kanak.
"Ujian klinikal membuktikan vaksin COVID-19 ini selamat untuk digunakan pada mereka yang berusia antara tiga hingga 17 tahun.
"Keputusan menunjukkan mereka yang disuntik mempunyai keupayaan untuk menghasilkan antibodi," katanya.
Jelas Yiming lagi dengan penularan pandemik COVID-19 secara domestik, vaksin Sinopharm dan Sinovac akan diberikan kepada kanak-kanak berusia tiga hingga 17 tahun apabila perlu.
Namun, tarikh untuk mula edarkan vaksin kepada kanak-kanak masih belum diumumkan.
Untuk rekod, China mempunyai populasi 1.4 bilion dan perlu melakukan proses inokulasi kepada 560 juta rakyatnya untuk melepasi sasaran 40 peratus menjelang akhir Jun.
Manakala 1.12 bilion perlu divaksinasi untuk mencapai 80 peratus populasinya.
Foto: REUTERS
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live