,
Berita

Kanak-Kanak Lelaki Maut DiBaham Buaya Di Lahad Datu

Gempak
13/10/2024
16:55 MYT
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun maut dipercayai dibaham buaya di Pantai Sinakut, Tungku pada Ahad pagi.

BERITA BERKAITAN : Isu Sindir Menyindir Dalam Industri Hiburan, Uyaina Tampil Titip Nasihat - “Fokus Lebih Kepada Perkembangan Diri”

BERITA BERKAITAN : Dinobat Sebagai Pemenang Bintang Popular, Aina Abdul Akui Pengorbanan 10 Tahun Berbaloi - “Perjalanan Karier Saya Tak Mudah”

BERITA BERKAITAN : Meerqeen Bawa Ezzanie Jalan-jalan Main Game?! | Singgah Set

BERITA BERKAITAN : Bawa Macam Bola Ragbi, Netizen Terhibur Lihat Gelagat Ramli MS Dengan Anak - “Steady Tok Ram! Kepit Gitu Je”

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Dzulbaharin Ismail berkata mangsa dipercayai Denis Rodi,10, ditemukan dalam keadaan tanpa kepala dan tangan kanan pada 9.26 pagi.

"Berdasarkan siasatan awal, mangsa sebelum itu sedang mandi di pantai berkenaan bersama lima rakannya.

"Mangsa kemudian disambar buaya dan diseret ke tengah laut. Ahli keluarga dan penduduk kampung berusaha mencari mangsa tetapi tidak berjaya," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata laporan berkaitan kejadian dibuat bapa tiri kanak-kanak itu dan empat anggota polis kemudian melakukan pencarian bersama penduduk kampung
Mayat katanya ditemukan kira-kira 600 meter dari lokasi kejadian.
Dzulbaharin meminta saksi kejadian menghubungi Ketua Balai Polis Desa Kencana Insp Junis Bulansar @ Matius menerusi talian 013-8742 128 bagi membantu siasatan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Bakal Adakan Konsert Skala Besar Di Malaysia, Sal Priadi Perlukan Persiapan Lebih Rapi - "Secara Jujurnya, Saya Gementar Memikirkan..."

gempak
10/10/2024
12:55 MYT
Penyanyi Indonesia, Sal Priadi, mengakui berasa bimbang untuk mengadakan persembahan di Malaysia buat kali pertama memandangkan ia akan diadakan dalam skala yang lebih besar.
Hiburan

Allan Bimbang Tidak Diterima di Malaysia - “Hari-Hari Hitung Berapa Tiket Sudah Dijual”

gempak
05/10/2024
08:55 MYT
Allan Andersn, penyanyi program realiti X Factor Indonesia, mengakui bimbang bakatnya tidak dapat diterima oleh peminat seni di Malaysia.
Berita

Polis Nafi Kanak-Kanak Disembelih Jiran Di Kuantan

gempak
04/10/2024
04:25 MYT
Polis menafikan terdapat kes seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun disembelih oleh jirannya di daerah ini sebagaimana yang tular di media sosial sejak Khamis.
Berita

Suami Isteri Ditahan, Dipercayai Dera Anak Berusia 3 Tahun

gempak
26/09/2024
03:25 MYT
Pasangan suami isteri warga tempatan ditahan selepas dipercayai mendera anak lelaki mereka yang berusia tiga tahun sehingga dimasukkan ke hospital. Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, pasangan berusia 20-an itu ditahan di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) dekat sini jam 1.50 pagi Rabu.
Hiburan

IShowSpeed Tiba Di KL, Terima Baju Batik, Gundam Daripada peminat

gempak
18/09/2024
05:55 MYT
Personaliti sensasi dan penstrim dalam talian dari Amerika Syarikat, IShowSpeed kini berada di Malaysia sempena siri jelajah sulungnya ke Asia Tenggara.
BorakSeeni