Rapper popular, Kanye West mengumumkan dia akan bertanding untuk menyandang gelaran presiden Amerika Syarikat.

Suami kepada Kim Kardashian itu telah membuat kenyataan menerusi akaun Twitter miliknya semalam.

"Kita harus menyedari tentang janji Tuhan, menyatukan visi dalam membina masa depan, saya bertanding untuk menjadi Presiden Amerika Syarikat," tulisnya.





Walaubagaimanapun, menurut laporan CNN, Kanye masih belum melakukan apa-apa tindakan untuk bertanding.

Dalam masa empat bulan sebelum pilihan raya, Kanye masih perlu mendaftarkan diri dengan Suruhanjaya Pilihan Raya Persekutuan (Federal Election Comission) untuk membentangkan platform kempen dan mendapatkan sokongan yang mencukupi.

Difahamkan, Kanye juga telah melepasi tarikh (deadline) untuk fail diri sebagai calon bebas di beberapa negeri.

Terdahulu, Kanye pernah memberi bayangan tentang hasrat bergelar presiden ketika menerima anugerah di MTV Video Music Awards pada tahun 2015.

Sumber : CNN