Sepotong video yang memperlihatkan seorang lelaki tidak dikenali mengasari penumpang perempuan dan melakukan onar di Stesen LRT Taman Maluri, Cheras, Kuala Lumpur viral di media sosial.


Menerusi beberapa hantaran yang dilakukan oleh pengguna Twitter, ramai dalam kalangan netizen melahirkan rasa gusar dan marah melihat kelakuan lelaki berkenaan.

Tidak kurang, ada yang turut memuji keberanian beberapa orang penumpang yang membantu menarik dan menahan lelaki berkenaan daripada terus mengasari mangsa.



Selain itu, ada juga yang mempersoalkan aspek keselamatan yang sepatutnya diperkukuhkan oleh Prasarana sebagai antara pengendali sistem pengangkutan awam yang kerap digunakan oleh orang ramai.

Buat masa ini, tiada sebarang pengumuman atau perkembangan terkini daripada pihak prasarana mahupun polis.

BACA: Menteri Pengangkutan Anthony Loke Senyap-Senyap Naik LRT Waktu Puncak, Rasai Bersesak Macam Orang Awam!