Gaya Hidup
Genting Highlands Jadi Tuan Rumah Festival Audiovisual Sunset By Neon
Genting Highlands Premium Outlet (GHPO) akan menganjurkan festival muzik tekno minimum pertama pada 4 dan 5 Mei ini.
Dianjurkan oleh penganjur yang sama Festival Muzik Neon, Sunset by Neon yang membawakan festival audiovisual akan menjanjikan sesuatu yang berbeza kepada pengunjung.
Festival dua hari itu akan berlangsung di parkir GHPO yang diubah menjadi lantai tarian berkonsepkan ‘boiler room’ bercahaya neon.
Festival itu akan menampilkan oleh deejay legenda ‘high tech minimal sound’ iaitu DJ Boris Brejcha serta Greek DJ dan penerbit Argy bersama artis- artis seperti Chukiess dan Whackboi, Victor G, Griffin, Julia Deychuk dan Sanjeev.
Selain menawarkan visual pemandangan matahari terbenam yang sempurna dan cuaca sejuk kepada pengunjung festival, lokasi tersebut juga akan dipenuhi dengan pop up berkonsepkan neon yang unik seperti Taman Neon dan Bar Kecantikan.
Festival ini akan menandakan siri festival Sunset by Neon kedua di mana terdahulu, siri yang pertama telah berlangsung di tempat parti eksklusif Savaya di Bali, Indonesia pada Jun tahun lepas.
Tiket untuk KEDUA-DUA HARI pada harga RM268 sekarang di sunsetbyneon.asia
Must-Watch Video