Sejak menimang cahaya mata kurang sebulan yang lalu, pengacara My Doctors, Dr. Say Shazril sering berkongsi pengalamannya menjaga bayi.

Perkongsiannya itu sering kali memberi insipirasi kepada ibu bapa serta pasangan yang baru berkahwin.

Namun perkongsian terbaharunya mendapat perhatian. Bukan kerana pengalaman yang dikongsikan tetapi foto yang dimuat naik menunjukkan leher bayinya terkulai ketika didukungnya.

Rata-rata pengikutnya mempertikaikan serta mengecam cara Dr. Say memegang bayinya yang baru lahir itu kerana dilihat tidak betul.

Malah ramai yang menasihati supaya Dr. Say lebih berhati-hati ketika memegang bayinya yang masih lembut.

Namun terdapat juga netizen yang mempertikaikan sepatutnya apa yang dikongsikan oleh Dr. Say itu lebih memberi manfaat daripada memperhatikan caranya memegang bayi.

Dr. Say bagaimanapun tidak membalas komen-komen tersebut sebaliknya berdiam diri.

Dr. Say dan isteri Dr. Azura mendirikan rumah tangga lebih lima tahun lalu sebelum dikurniakan cahaya mata pertama pada 6 Mei lalu.

Topik : Baby Saya Buat Saya Gila . Tak pernah spnjng hidup, sy berasa sgt bipolar. Awat bipolar? Bipolar sb xpnah sy rasa geram & sayang pada masa yg sama. Awat geram? Geram sb selama sy hidup, teramat jarang tido malam sy diganggu krn tido merupakan sesuatu yg cukup berharga bg sy tp skng sayonara goodbye to tido straight 8jam. Satu lg geram sb teramat susah nk rungkai misteri tangisan baby yg ada seribu makna ni. Being a doctor ape yg penting bg kami ialah mendptkn diagnosis penyakit ape yg dihidapi pesakit tu tp dgn baby ni terlalu bnyk diagnosisnya samaada tangisan ni sb lapar ke, perut kembung ke, pampers basah ke, nk attention ke. Naik bingung sy dibuatnya. . Den awat sayang plak? Sayang is when kita terbangun malam2 sb baby merengek den kita btau partner kita yg "its okay, i got this" & kita cuba selesaikan sendiri starting with menyusu den half way menyusu kita tuka pampers dia pastu kita sambung balik menyusu pastu kita burp kan dia pastu kita dukung sambil tepuk2 manja & slowly kita lihat mata dia mula naik stim terkebil2 & nafas dia mula tenang & akhirnya dia tertido. Pastu kita letak dia atas katil & kita sayang pipi gebu dia & hati kecil kita menjerit "yesss, aku berjaya tidurkan monster ni tanpa bantuan bini!". Kepuasan bila tgk baby tido hasil buatan kita Mou Tak Ding (tiada tandingan) peeps. . Alhamdullilah arini baby sy masuk hari ke-25 & slowly sy dpt rungkai perangai dia & slowly juga ke-geram-an sy semakin pudar krn hati sy kini mostly dipenuhi dgn kasih sayang kpd dia. Tipu la kalau parents kt luar sane xpnah geram wlpn setitis kt 1st baby kalian cz kehidupan berubah 360darjah dgn kehadiran baby. Sy bukan berniat nk takutkan couples/ new parents out there tp someone needs to let u know the truth, that it is not easy to raise a kid. Sorry jugak lately post sy bnyk pasai kekeluargaan, cuma sronok lain mcm jadi bapak skang heheh.

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on