Skip to main content

Trend Pasaran

"Kau Ingat Aku Pondan Ke Apa!” - Lelaki Mengamuk Terima Gangguan Seksual Individu Warga Asing

untitled-design-(30)_2.png

Satu video baru-baru ini tular di Platform X memperlihatkan seorang lelaki memarahi satu individu warga asing yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadapnya.

Menerusi video berdurasi satu minit itu, lelaki berkenaan memberikan amaran keras terhadap individu warga asing terbabit supaya menghentikan tindakan lucahnya.

“Kau ingat aku pondan ke apa! Kau tak kenal lagi aku siapa, kau tengok aku lembut macam ni, kalau kau kena pijak dekat sini pecah muka kau!” getus lelaki itu.
 

Must-Watch Video

Advertisement