Akhirnya drama sooka Original Series yang menjadi kesukaan ramai iaitu Kau vs Aku musim kedua sudah melabuhkan tirainya.

Dengan melihat hubungan cinta antara Danish dan Aulia di episod 8 kembali bertaut, ramai peminat drama ini meluahkan rasa lega.

Malah siap ada yang membuat permintaan untuk dilanjutkan hingga ke musim ketiga kerana menyukai jalan cerita musim sebelum ini.

Antara komen yang diterima:

“Dah final episod, cepatnya habis, buatlah musim ketiga pula,”

“Cerita ni memang best! Nak musim ketiga please,”

“Nak musim ketiga please, tak puas tengok lagi,”

Kau vs Aku 2 masih mengekalkan Shasha Abedul dan Dini Schatzmann sebagai teraju utama, iaitu Aulia dan Danish di samping rakan-rakan mereka yang dibintangi oleh Chubb-E sebagai Zafran, Imran Aqil (Ashraf), Mia Sara Shauki (Nina) dan Arena Wan (Syafikah).

Penerbitan siri adaptasi daripada platform web novel, Wattpad ini telah berjaya menjadi siri hiburan nombor satu di sooka, dengan lebih 200 juta tontonan di platform TikTok serta memperoleh tontonan unik tertinggi sejak pelancaran aplikasi penstriman tersebut.

Kau vs Aku 2 ditayangkan di platform penstriman sooka.

Ia juga turut ditayangkan menerusi slot Dramavaganza di Astro Ria (Saluran 104) dan boleh disaksikan menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.

Alami pengalaman Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.

Untuk melanggan Pek Primary, WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838.