,
Laman Utama

Kau Vs Aku Episod Akhir: Aulia Menangis Sebelum Kahwin Teringat Danish, Zaf & Ashraf Pula Bergaduh! Apa Dah Jadi?

Mya Amri
09/09/2022
08:32 MYT
Drama sooka Original Series yang mendapat kerjasama PUBG Mobile, Kau vs Aku akan melabuhkan tirainya dengan menayangkan dua episode lahir malam ini.
Jika episod enam menyaksikan pelbagai perkara yang berlaku dalam kehidupan tonggak utamnya iaitu Aulia dan Danish, episod akhir ini juga lebih drama.
Kami kongsikan sedikit sedutan yang berlaku untuk episode tujuh dan lapan Kau vs Aku di bawah:

Episod tujuh: Aulia marah Danish manakala Zaf dan Ashraf pula bergaduh

Selama ini kita melihat kekuatan hubungan persahabatan antara Zaf dan Ashraf namun kali ini lain pula jadinya apabila mereka berdua bergaduh!
Zah nampaknya seperti sudah hilang sabar dengan kelakuan Ashraf dan menolak Ashraf sewaktu bertengkar di padang bola sehingga terpaksa ditenangkan oleh rakan sepasukan yang lain.
Dalam pada itu, hubungan cinta Aulia dan Danish juga seolah-olah retak menanti belah apabila pasangan ini mula bergaduh besar. Antara ayat Aulia yang membuatkan Danish sentap adalah “Go Home Danish!”
Nina pula secara tidak langsung memberitahu bahawa Danish akan pulang ke Melbourne tidak lama lagi dan Aulia yang tidak mengetahui tentang perkara itu mula dihantui rasa bersalah.

Episod lapan: Aulia menangis teringat Danish, akhirnya buat keputusan kahwin dengan siapa?

Penyesalan mula menghantui Aulia selepas ketiadaan Danish. Perasaan kosong dan rindu mula bertandang di hati Aulia yang bakal melangsungkan perkahwinannya.
Bagaimanapun sebelum tiba hari perkahwinan, Aulia mengalirkan air mata selepas melihat sekeping foto yang merakamkan dirinya bersama Danish.
Tiba hari perkahwinan, Aulia mula merasakan dirinya tidak gembira walaupun sudah lengkap memakai busana kahwin.
Apakah yang akan berlaku pada Aulia dan juga sahabat-sahabatnya. Nak tahu apa yang jadi kenalah tonton episod penuh Kau vs Aku ni.
Kau vs Aku ini merupakan novel Watpadd Webtoon Studios karya Nurul Husnina Mockthar.
Lebih menarik lagi, karya Husnina atau lebih dikenali sebagai Shieyruna ini mencatatkan lebih 2 juta bacaan di platform tersebut.
Saksikan episod akhir Kau vs Aku di aplikasi sooka.my malam ini (Jumaat), jam 9 malam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Meerqeen Suka Karaoke, Mierul Aiman Ditahan Peminat, Sharifah Sakinah Hantu Paling Slay! Ini Antara Perkara Menarik Di Acara Hello Putrajaya

gempak
25/06/2024
09:55 MYT
Astro terus membawakan pengalaman baharu untuk lebih dekat kepada pelanggan menerusi Jelajah Hello di seluruh di bandar di Malaysia.
Filem

Atas Permintaan Tinggi, Filem Sheriff Kini Boleh Ditonton Menerusi Astro First di Astro & sooka!

gempak
21/06/2024
04:55 MYT
Rentetan daripada kejayaan besar filem blockbuster nombor 1 tahun ini, ‘Sheriff’, Astro membawakan filem ini kepada semua penonton Malaysia menerusi Astro First di Astro dan peranti pilihan anda, sooka.
Drama

Kau vs Aku 2: Ramai Puas Hati Episod Akhir Siap Minta Musim Ketiga! - Best Sangat Cerita Ni, Nak Lagi”

gempak
02/02/2024
14:41 MYT
Ramai nak musim ketiga.
Drama

Kau vs Aku 2: Episod 7 Banyak Permainan Emosi, Danish Cuba Jadi Teman Lelaki Terbaik, Hubungan Aulia & Farhan Pula…

gempak
31/01/2024
12:55 MYT
Apa yang bakal terjadi pada Danish dan Aulia eh?
Drama

Kau vs Aku S2: Recap Episod 3 - Farhan Dah Mula Pikat Aulia & Sophia Semakin Licik

gempak
30/01/2024
11:55 MYT
Kau vs Aku 2 recap episod 3.