Episod kedua drama siri original sooka Kau vs Aku musim kedua ini lebih kepada permainan emosi antara Danish, Aulia dan Farhan.

Kali ini dapat dilihat Farhan sudah pun memulakan langkah dan memberikan hint kepada Danish bahawa dirinya jatuh hati pada Aulia.

Disebabkan itu juga, Danish mula berasa tidak sedap hati dan cuba untuk berbaik kembali dengan Aulia.

Di bawah merupakan recap episod kedua:


Aulia Masih Marah Dengan Danish


Aulia terkejut apabila mendapati bekas kekasihnya, Danish mengambil jurusan undang-undang dan sekelas dengannya.

Kemudian terdapat salah faham berlaku antara mereka menyebabkan hubungan Aulia dan Danish kekal dingin.


Pertemuan Danish dan Farhan


Farhan sengaja provoke Danish dan menyatakan hasrat untuk memikat Aulia. Perkara itu sekaligus membuatkan Danish berasa geram.

Tidak cukup dengan itu, Farhan juga turut mencabar Danish bermain bola keranjang. Enggan mengalah Danish menyahut cabaran Farhan.


Danish Masih Cuba Pujuk Aulia


Hati Danish masih lagi tidak dapat melupakan bekas kekasihnya dan disebabkan itu dia mencuba sehabis baik untuk berbaik dengan Aulia.

Danish berusaha mengajak Aulia keluar untuk memperbaiki hubungan mereka namun ditolak oleh wanita itu.

Nak tahu apa yang jadi lagi? Kenalah tonton episod penuh Kau vs Aku musim kedua ni.

Kau vs Aku 2 masih mengekalkan Shasha Abedul dan Dini Schatzmann sebagai teraju utama, iaitu Aulia dan Danish di samping rakan-rakan mereka yang dibintangi oleh Chubb-E sebagai Zafran, Imran Aqil (Ashraf), Mia Sara Shauki (Nina) dan Arena Wan (Syafikah).

Penerbitan siri adaptasi daripada platform web novel, Wattpad ini telah berjaya menjadi siri hiburan nombor satu di sooka, dengan lebih 200 juta tontonan di platform TikTok serta memperoleh tontonan unik tertinggi sejak pelancaran aplikasi penstriman tersebut.

Episod baharu Kau vs Aku 2 ditayangkan setiap Rabu dan Khamis, jam 9.00 malam di platform penstriman sooka.

Ia juga turut ditayangkan menerusi slot Dramavaganza di Astro Ria (Saluran 104) dan boleh disaksikan menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.

Alami pengalaman Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.

Untuk melanggan Pek Primary, WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838.