Episod ketiga drama siri original sooka Kau vs Aku musim kedua ini lebih menampakkan plot penceritaan yang rumit.

Konflik percintaan dan persahabatan antara Danish, Aulia, Sophie, Farhan dan Hajar semakin teruji dengan perangai masing-masing.

Di bawah merupakan recap episod tiga:


Farhan Nak Pikat Aulia


Farhan telah memulakan langkah untuk memikat Aulia dengan meminta wanita untuk mendengar lagu yang ditulisnya.

Aulia kini berasa dengan dengan Farhan dan mereka berdua sudah mula berkongsi luahan hati berkenaan kisah masing-masing.

Farhan juga mempelawa Aulia untuk bertemu dan berkenalan dengan kumpulan muziknya dalam masa yang sama Farhan masih cuba memikat Aulia.


Sophia Bagi Amaran Pada Farhan Jangan Kacau Aulia


Sophia bertemu Farhan yang juga merupakan bekas kekasihnya dan memberikan amaran untuk tidak menganggu Aulia.

Bagaimanapun Farhan tidak mengendahkan amaran Sophia dan menganggap wanita itu sebagai penyibuk.

Selepas mengetahui keakraban Farhan dan Aulia, sikap Sophia mula berubah.


Sophia Nak Tolong Hajat Pikat Danish


Sophia mula menunjukkan perangai licil di mana dia cuba mendapatkan info mengenai Danish daripada Farhan.

Tindakannya itu bertujuan untuk menolong Hajar memikat Danish. Malah Sophia juga memberikan cadangan supaya Hajar mengajar Danish bermain gitar.

Nak tahu apa yang jadi lagi? Kenalah tonton episod penuh Kau vs Aku musim kedua ni.

Kau vs Aku 2 masih mengekalkan Shasha Abedul dan Dini Schatzmann sebagai teraju utama, iaitu Aulia dan Danish di samping rakan-rakan mereka yang dibintangi oleh Chubb-E sebagai Zafran, Imran Aqil (Ashraf), Mia Sara Shauki (Nina) dan Arena Wan (Syafikah).

Penerbitan siri adaptasi daripada platform web novel, Wattpad ini telah berjaya menjadi siri hiburan nombor satu di sooka, dengan lebih 200 juta tontonan di platform TikTok serta memperoleh tontonan unik tertinggi sejak pelancaran aplikasi penstriman tersebut.

Episod baharu Kau vs Aku 2 ditayangkan setiap Rabu dan Khamis, jam 9.00 malam di platform penstriman sooka.

Ia juga turut ditayangkan menerusi slot Dramavaganza di Astro Ria (Saluran 104) dan boleh disaksikan menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.

Alami pengalaman Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.

Untuk melanggan Pek Primary, WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838.