Skip to main content

Filem

Kawasaki ZX-6R sentuhan sederhana, tetapi menarik

modifikasi-kawasaki-zx-6r-01_1.jpg

Kawasaki ZX-6R adalah satu daripada varian Ninja yang masih lagi mempunyai peminat tersendiri.

Jentera kategori sportbike itu mula dilancarkan pada 1995 yang sudah ditawarkan beberapa generasi berbeza.

Bagi keluarga ZX-6R, ia adalah motosikal bersesaran pertengahan iaitu bawah 1,000cc dan model itu hanya bersesaran 599cc dan 636cc.

Drebar.my kali ini berkesempatan meninjau sebuah motosikal milik Mohamad Zaidi Ab Ghani, 35, seorang mekanik kereta di Pulau Pinang yang memiliki Kawasaki ZX-6R edisi terhad dengan bersesaran 599cc.

Apa yang boleh lihat, motosikal keluaran 2008 itu tampil berbeza dari asal selepas diubah suai dengan tema badan berkonsep binaan khas.



Bukan itu sahaja ia turut menerima sedikit perubahan bagi menaikkan lagi imejnya yang mungkin anda tertanya-tanya apakah model asal motosikal itu.

Biarpun sedikit modifikasi dan penambahan aksesori, Kawasaki ZX-6R sudah cukup untuk menampakkan jentera berbeza dan garang.

Antara yang sudah dibuat pemilik adalah penggunaan Puig Racing Windscreen,ZX-6R Seal Cowl, pelindung kerangka dan banyak lagi.

Penampilan luarannya lebih gah dengan kombinasi warna biru muda, putih dan merah, selain dilengkapi pelekat pelbagai jenama.

Sementara itu, enjin jentera tidak diusik dan masih lagi standard cuma dilengkapi dengan ekzos Two Brothers Racing yang pastinya memberi sedikit bunyi kuat berbanding biasa.

Pada masa sama, ia turut ditambah Quick Shifter lengkap dengan Dynojet Quick Shifter Sensor dan Power Commander V menjadikan prestasi lebih lancar.

Penggunaan tayar turut memainkan peranan bagi menampakkan jentera lebih gah, justeru itu pemiliknya memilih Bridgestone Battlax Hypersport S20 EVO untuk membaluti rim warna hitam.

Biarpun kosnya ubah suai tidak sampai RM10,000, hasilnya cukup menawan kerana ia tampil berbeza dan bergaya.

Baca juga artikel modifikasi lain:

>>Pesawah pun mampu beli Yamaha YZF-R1.

>>Suzuki TXR 150 dari bawah kolong kini gah di jalanan.


 

Advertisement