Aktris terkenal Indonesia, Nikita Willy akhirnya selamat menjadi isteri Indra Priawan hari ini sekitar pukul 9 pagi waktu Indonesia.
Pernikahan heroin Cinta Buta yang hangat tayang di Astro dengan pemilik rangakaian teksi Blue Bird Indonesia itu berlangsung dengan serba mewah.
Hanya dengan sekali lafaz, Indra kemudian menyerahkan mahar atau mas kahwin berupa emas seberat 75 gram serta berlian 9 karat kepada Nikita pada majlis pernikahan yang dilangsungkan dengan adat Minang ini.
Bersama dua barangan mewah itu, Nikita yang berusia 26 tahun juga menerima sepersalinan alat solat termasuk telekung dan sejadah.
"Rasanya sangat lega dan bahagia," luah Nikita setelah rasmi menjadi isteri Indra dalam sidang media yang diadakan di saluran YouTube The Bridestory sebentar tadi.
Biarpun majlis pernikahan dilaksanakan dengan sangat ketat sesuai protokol dan hanya dihadiri sekitar 30 orang tetamu, namun semua hal tentang pernikahan ini terwujud dengan cukup mewah.
Majlis pernikahan Nikita dan Indra memang sudah lama ditunggu peminatnya. Hal ini kerana keduanya sudah bercinta selama 4 tahun dan bertunang beberapa bulan lalu.
Mereka kemudian merancang pernikahan pada bulan ini, namun sempat tertunda kerana pandemik Covid 19.
Malah, majlis pernikahan mereka seharusnya dilangsungkan di Hotel Four Seasons, Jakarta Selatan. Namun terpaksa dibatalkan dan kemudian memilih menikah di kediaman Nikita di Jatiwaringin, Bekasi.
Rasmi menjadi sebahagian keluarga Nikita, Indra pun menerima gelaran sesuai adat istiadat Minangkabau.
Dia pun menerima gelaran baharu yang akan dipanggil oleh ahli keluarga Nikita iaitu Sultan Pangeran atau lengkapnya Indra Priawan Djokosoetono Sultan Pangeran.
Kredit Foto: TheBrideStory, Detik.com
Maliah Surip
Fri Oct 16 2020
Lagi Pendedahan! Kali Ini Sarah Yasmine Kongsi Rakaman Suara Lelaki Didakwa Caprice?
Panas! Lagi pendedahan Sarah.
Chacha Maembong Confront Ruhainies, Nafi Bawa Mulut Fasal Bella Astillah! - "Kami Tak Rapat Pun, Itu Semua Tak Betul"
Pelakon Chacha Maembong pula tampil menafikan dirinya terbabit dalam kemelut membabitkan Ruhanies, Aliff Aziz dan Bella Astillah seperti dalam paparan skrin perbualan WhatsApp yang tular sejak malam Rabu.
Filem SHERIFF Dengan Kutipan RM100 Juta? Zul Ariffin Buka Rahsia Hampir… | GMW Highlights
Siapa dah tengok filem SHERIFF? Kalau belum, korang memang rugi sebab filem ni memang terbaik! Dengar apa yang Zul share ni!
GMW Highlights
Eksklusif di gempak.com/gempakmostwanted
Kedudukan Terkini Top 5 Carta Mingguan Gempak Most Wanted
️ Setiap Isnin hingga Jumaat
⏰ 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Undi calon fav di gempak.com/gempakmostwanted
#GMWHighlights
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2024
#AstroBaharu
#TakMacamDulu
GMW Highlights
Eksklusif di gempak.com/gempakmostwanted
Kedudukan Terkini Top 5 Carta Mingguan Gempak Most Wanted
️ Setiap Isnin hingga Jumaat
⏰ 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Undi calon fav di gempak.com/gempakmostwanted
#GMWHighlights
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2024
#AstroBaharu
#TakMacamDulu
The Hardest Singing Show Bakal Cabar Kreativiti ‘Shownmanship’ Peserta!
Astro mempersembahkan program realiti terbaharu, 'The Hardest Singing Show', sebuah program kompetitif yang buat pertama kalinya mempertaruhkan 'showmanship' sebagai kriteria utama penjurian diikuti dengan vokal barisan penyanyi-penyanyi hebat tempatan.
Tiada Niat Kutuk Bella Astillah, Emma Maembong Akui Silap Tanya Ruhainies - “Saya Minta Maaf Sebab Jadi Kepochi”
Emma akui kesilapannya.
Sarah Yasmine Spill The Tea Lagi, Kongsi Mesej Romantis, Komplot Aliff Aziz & Ruhainies Nak Jatuhkan Bella Astillah?
Sekali lagi wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine menarik perhatian netizen di laman sosial apabila mendedahkan paparan skrin perbualan antara ‘NRF’ dipercayai aktres Ruhainies dan penyanyi Aliff Aziz.
Viral Di TikTok, Hazrat Muaz Disambar Jadi Pelakon & Pengacara! - "Mulanya Saya Buat Suka-Suka Je"
Hazrat Muaz terima tawaran berlakon dan mengacara.
Nadeera Lantunkan Lagu 'Udara', OST Drama Bersiri Framed Lakonan Meerqeen & Mimi Lana
Juara Big Stage musim kelima, Nadeera Zaini tampil dengan single terbaharu berjudul Udara yang menjadi runut bunyi drama bersiri Framed, lakonan hebat Meerqeen dan Mimi Lana.
“Kalau Ada Jodoh Dengan Zul Ariffin Ada, Kalau Tiada Maka Tidak Ada” - Gayatri
Penerbit filem terkemuka tanah air, Gayatri Su-Lin Pillai masih tidak mengesahkan khabar angin bahawa dia adalah wanita yang disebut-sebut bakal menjadi isteri aktor popular, Zul Ariffin. Ketika ditemui Gempak, Gayatri masih merahsiakan status sebenar hubungannya bersama Zul. Menurut Gayatri, dirinya lebih selesa untuk berdiam diri dan berpegan
Tak Sangka Jadi Viral Hiburkan Geng Traffic Jammed, Aishah Terkejut - “Siap Ada Yang Pusing Balik Nak Tengok”
Siap ada yang pusing balik tau.