Laman Utama

Kaya Tak Pakai Kereta Mewah, Michael Ang Kata Propa! Iqbal; "Hormat Saya Budak Suara Pondan Kepit"

gempak
Amri Hassan
26/10/2021
01:56 MYT
Sponsor Banner
Kaya Tak Pakai Kereta Mewah, Michael Ang Kata Propa! Iqbal; "Hormat Saya Budak Suara Pondan Kepit"
Usahawan dan bakal penyanyi, Iqbal Zulkefli tampil mempertahankan diri mengenai tuduhan pengarah popular Michael Ang yang mendakwanya sengaja mencipta kontroversi dan sengaja dibuat-buat untuk menarik perhatian ramai.
Antara isu yang dipersoalkan Michael adalah kenyataan Iqbal berhubung pilihannya tidak memiliki kereta mewah biarpun berkemampuan.
"Michael, ayat saya tidak suka kereta sporty. Baca betul-betul kenyataan saya. Jika mahu dengar sedikit-sedikit, lebih baik tidak perlu bersembang terus.
"Jika hina sangat Honda Civic yang saya guna, saya boleh saja tunjuk kereta saya yang bawa pergi pasar RM1 juta saya beli tu. Inilah punca yang buatkan saya terpaksa tunjuk segalanya," katanya.
Michael menerusi sesi siaran langsung baru-baru ini mempertikaikan kenyataan bercanggah Iqbal mengenai kereta pilihan seperti yang pernah ditulis Iqbal di media sosialnya sebelum ini.
"Sekejap kau kata kau tak suka kereta walaupun kaya tapi pakai Honda, tiba-tiba cakap kereta idaman Bentley RM3 juta. Apa kau propa?
"Kalau nak kaya buat cara kaya betul bukan kaya imaginasi," ujar Michael yang menyifat tindakan Iqbal seakan-akan memperbodohkan orang ramai.
BACA: Vida Offer Hadiah Kereta Mewah RM3 Juta, Iqbal Lebih Rela Berkasih Dengan Pelacur & Wanita Miskin - "Jangan Kurang Satu Perkara ..."
Michael turut mempersoalkan perlakuan Iqbal yang siap berjam tangan mahal ketika dikunjungi jutawan kosmetik Datuk Seri Vida di kediamannya pada pukul 3 pagi Sabtu minggu lepas.
"Kalau aku orang datang pukul 3 pagi ketuk pintu, sempat sarung t-shirt je. Ini kau ada masa nak tangkap gambar nak tunjuk jam. Tunjuk kau kaya?
"DSV kata muka dia kusam, memanglah pukul 3 pagi. Tak sempat make up, dia kan hari-hari keluar muka dia make up. Bukan putih pun," tambahnya.
BACA: DSV Solat Tahajud Sebelum Ke Rumah Iqbal Pukul 3 Pagi, Yakin Dah Kena Sihir!
BACA: "Bukan Disantau Atau Kena Buatan" - Iqbal
BACA: DSV Terjah Rumah Iqbal Bagi Cincin Pukul 3 Pagi - "Terkejut Saya Keluar Tak Pakai Baju Tak Pakai Seluar"
Sehubungan itu, Iqbal memohon agar sutradara tersebut menghormati dirinya dan enggan memanjangkan situasi tegang antara mereka.
"Saya menghormati Michael Ang kerana itu saya langsung tidak menjawab makian dari awal saya viral sehingga hari ini, bertubi-tubi.
"Siapalah saya untuk menafikan kata-kata Mr. Michael Ang. Namun berpanjangan dan semakin memburukkan saya tanpa berlandaskan cerita sebenar.
"Dengan rasa hormat, saya hanya mahu Michael hormati saya sebagai budak suara pondan kepit yang Michael katakan.
"Saya ingin hormati dunia industri, jaga limit namun siapa tahu begini perjalanan hidup saya.
"Saya cuba untuk tidak keluar lagu yang menjatuhkan industri muzik tanah air.
"Berikan saya peluang walaupun saya sedar saya bukan penyanyi dan bukan ingin bertanding dalam AJL. Semoga Michael terus sukses," getusnya.
BACA: Iqbal Keliru Nak Pilih Komposer - "Lebih 50 Tawarkan Lagu Termasuk Band Popular Indonesia"
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live