gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Doorgift Majlis Kahwin Luna Maya & Maxime Bouttier Buat Netizen Ternganga, Cecah Ribuan Ringgit! - "Kita Dapat Sudu Garfu Pun Dah Happy Ini Pula ..."
HIBURAN
Penampilan Makin Langsing, Haiza Tepis Dakwaan Buat Pembedahan Bariatrik - “Saya Pegang Nasihat Arwah Rohana Jalil Agar…”
BERITA
Semakin Ramai Pelajar Universiti, Lepasan Sekolah Hidap HIV
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
BERITA

Kebocoran Saluran Gas, Penduduk Sekitar Dipindah

gempak
Gempak
01/04/2025
06:55 MYT
Sponsor Banner
Kebocoran Saluran Gas, Penduduk Sekitar Dipindah
Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedang berusaha memadamkan kebakaran membabitkan saluran paip gas sepanjang 500 meter di stesen minyak Petronas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya, pada Selasa.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pasukan membabitkan kekuatan 62 pegawai dan anggota sedang bertungkus lumus memadamkan api yang marak.
Menurutnya, pasukan dan sembilan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, Puchong, Shah Alam, Bukit Jelutong, Cyberjaya, Rawang, Klang Selatan, Klang Utara serta Damansara membantu operasi berkenaan.
"Bomba menerima panggilan kejadian 8.10 pagi sebelum kesemua pasukan termasuk Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) dikejarkan ke lokasi.
"Komander operasi memaklumkan kebakaran membabitkan kebocoran saluran paip gas Petronas anggaran panjang 500 meter yang mana api sedang marak menjulang ke atas," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kebakaran berlaku berhampiran kawasan perumahan awam dan anggota bomba bersama agensi lain membuat pemindahan penduduk sekitar.
Bagaimanapun, katanya, jumlah mangsa terbabit belum dapat dipastikan lagi.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
#Pindah
#Saluran
#Penduduk
#Gas
#Segera
#kebocoran
Must-Watch Video