“Kecewa Mengapa Tidak Sabahan?”- Daphne Iking Perjelas Mengapa Datuk Lee Chong Wei Sesuai Jadi Duta Pelancongan Sabah!
Baru-baru ini legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei telah dilantik sebagai duta pelancongan Sabah.
Perlantikan itu dikatakan mampu meningkatkan lagi industri pelancongan Sabah yang terjejas sejak hampir dua tahun akibat pandemik Covid-19.
Namun, dalam pada ramai yang gembira dengan pengumuman tersebut, masih ada suara-suara ‘sumbang’ yang mempersoalkan perlantikan tersebut.
Difahamkan, ada sesetengah pihak mempertikaikan asal usul Chong Wei yang bukan dilahirkan atau dibesarkan di Sabah.
Pun begitu, tanggapan negatif tidak sama sekali dipersetuju oleh pengacara jelita Daphne Iking.
Menurutnya, dia tidak melihat pemilihan Chong Wei sebagai duta pelancongan Sabah itu satu perkara yang salah.
“Sabah melantik Lee Chong Wei sebagai duta pelancongannya. Penduduk tempatan kecewa mengapa tidak seorang Sabahan?
“Saya tidak melihat satu kesalahan dalam pelantikan itu.
“Sabah menarik ramai orang dari negara China, Taiwan, Korea & Jepun. Jadi masuk akal untuk ikon antarabangsa seperti Chong Wei dipilih,” katanya.
Sabah appoints Lee Chong Wei as its tourism ambassador
Dalam pada itu, Chong Wei sebelum ini berharap mampu merancakkan industri pelancongan Sabah.
"Saya tahu Sabah sebuah tempat yang sangat popular sebelum ini. Apabila saya ke luar negara termasuk China atau Taiwan ramai orang berkata mengenai Sabah.
"Negeri ini sangat cantik dan mudah-mudahan saya akan dapat membawa keluarga bercuti di sini seterusnya membantu mempromosikan pelancongan yang ada di Sabah," katanya.
Sekadar info, Datuk Lee Chong Wei dilahirkan pada 21 Oktober 1982 di Bagan Serai, Perak.
Chong Wei mula belajar badminton ketika berusia 11 tahun apabila dibawa bapanya ke dewan badminton.
Bakatnya mula menarik jurulatih tempatan, Teh Peng Huat yang kemudian melatih Chong Wei selepas sekolah.
Chong Wei kemudian ditemui pula oleh Misbun Sidek dan mula menyerapnya masuk menjadi skuad kebangsaan ketika berusia 17 tahun.