Pelakon Emma Watson mengesahkan dirinya tidak bersara dari dunia lakonan walaupun akaun sosial medianya tidak lagi aktif.

Perkara itu disahkan oleh pengurusnya apabila tular khabar angin di media sosial yang menyatakan pelakon Harry Potter itu bersara.

“Akaun media sosial Emma sahaja yang tidak lagi aktif, tetapi bukan karier lakonannya,” kata pengurus Emma kepada Entertainment Weekly.

Memetik laporan The Independent, ramai peminat yang tersalah tafsir maksud ‘tidak lagi aktif’ itu bererti sudah tidak mahu lagi terlibat dalam dunia seni.

Sekadar Info, Watson, 30, memulakan kariernya pada tahun 1999 sebagai Hermione Granger dalam karya magik Harry Potter.

Selain itu, Watson turut berlakon dalam filem Beauty and the Beast (2017), Little Women (2019), The Circle (2017), The Perks of Being a Wallflower (2012), The Bling Ring (2010) dan banyak lagi.