Berita

Kedudukan UKM Melonjak Ke-138 Dalam QS WUR

Gempak
05/06/2024
14:55 MYT

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berjaya melonjak kedudukan ke-138 dalam QS World University Rankings (QS WUR) 2025, yang diumumkan hari ini.

Kejayaan itu meletakkan UKM kini berada di kedudukan kedua terbaik antara universiti awam dan universiti swasta di Malaysia.

Melonjak

Naib Canselor, Prof Datuk Gs Ts Dr Mohd Ekhwan Toriman berkata, kejayaan UKM yang melonjak sebanyak 21 anak tangga dari kedudukan ke-159 dalam QS WUR 2024 menunjukkan komitmen yang kukuh universiti itu dalam meningkatkan kualiti penyelidikan, pengajaran, kelestarian, pengantarabangsaan dan kebolehpasaran graduan.

"Kejayaan ini diperoleh melalui peningkatan perolehan geran antarabangsa, industri serta fokus kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) dan alumni yang menjadi menyumbang kepada kecemerlangan pembangunan universiti ini, seterusnya meningkatkan kedudukan UKM di persada antarabangsa.

"Ini juga mencerminkan usaha berterusan UKM dalam meningkatkan reputasi dan kecemerlangan dalam arena pendidikan tinggi global," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Terpaksa Berjalan Tepi Makhluk Berselubung Kain Batik Waktu Senja, Nadhir Nasar Kongsi Kisah-Kisah Seram Di Universiti

ARTIKEL BERKAITAN: Leona Dedah Pernah Bekerja Sebagai Waitress Di Sebuah Hotel Di UK - “Saya Nak Cuba Semua Pekerjaan”

ARTIKEL BERKAITAN: Comel! Kucing Ini Terima Ijazah Kehormat Doctor Of Litter-ature

ARTIKEL BERKAITAN: Empat Pelajar Malaysia Berjaya Lanjut Pelajaran di Harvard

ARTIKEL BERKAITAN: Duduki SPM 7 Kali & STPM 2 Kali, Dr Ini Kongsi Kisah Ketabahan Abangnya Dalam Menuntut Ilmu Hingga Ke Universiti

Beliau berkata, peningkatan itu juga adalah pencapaian yang membanggakan dan memberi dorongan kepada universiti watan itu untuk terus berusaha ke arah kecemerlangan yang lebih tinggi dalam pengukuhan ekosistem penyelidikan dan inovasi serta pengantarabangsaan pendidikan tinggi.

"Semoga kejayaan ini menjadi titik tolak untuk pencapaian lebih besar pada masa akan datang.

"Pencapaian yang luar biasa ini sudah pasti menjadikan UKM sebagai institusi yang lebih menonjol, terkenal di peringkat global dan mudah diakses oleh pelajar antarabangsa, di samping memupuk kerjasama yang lebih kukuh dengan rakan kongsi industri dan memacu inisiatif penyelidikan dan inovasi ke hadapan.

"Melalui usaha bersepadu dalam pengantarabangsaan dan inisiatif global, UKM mencapai kemajuan yang besar dalam meluaskan pandangan antarabangsa dengan pembukaan kampus pesisir di Qatar dan Indonesia," katanya.

Menurutnya, kejayaan itu juga adalah perjalanan kecemerlangan UKM ke arah pengantarabangsaan dalam memfokuskan jalinan kerjasama dengan institusi di seluruh dunia.

"Walaupun kami komited untuk terus meningkat dalam pengiktirafan antarabangsa, tetapi fokus UKM tetap kepada aspek penyelidikan translasi, transformasi sosial dan peningkatan kualiti masyarakat," katanya.

Menurutnya, penarafan bukan agenda utama universiti, tetapi kedudukan itu membuka ruang dan peluang yang lebih luas buat UKM terus mengorak langkah ke hadapan dalam meneroka dan memperbaharui semua aspek penyelidikan, pengantarabangsaan dan kelestarian.

Sumber: Harian Metro

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
the-hardest-singing-show

THSS: Pertama Kali Tercorot & Hampir Tersingkir, Aisha Retno Menangis Kecewakan Peminat - "Memang Tak Seronok Diumumkan ..."

gempak
01/07/2024
08:55 MYT
Penyanyi, Aisha Retno mengugurkan air matanya setelah diumumkan hampir tersingkir di konsert The Hardest Singing Show minggu ke-8 malam tadi.
Berita

Budaya ‘Work Life Balance’, Malaysia Berada Di Tangga Kedua Terburuk Dunia

gempak
26/06/2024
08:06 MYT
Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai budaya keseimbangan hidup dan kerja (work life balance) di negara-negara seluruh dunia.
Hiburan

Tak Menggelupur Respons Isu & Kontroversi, Ini Cara Neelofa & Awal Ashaari Tangani Krisis! - "Pantas Jawab Mungkin Dipengaruhi Emosi"

gempak
17/01/2024
05:55 MYT
Selebriti popular, Neelofa dan Awal Ashaari sependapat artis tidak perlu terburu-buru untuk memberikan respons sekiranya berhadapan dengan krisis.
Laman Utama

Dr. Idzu Lakar Sejarah! Jadikan UKM Universiti Pertama Gunakan Teknologi 3D Bioprinting Terkini - "Saya Harap ..."

gempak
15/12/2023
03:40 MYT
Serah dua unit mesin 3D Bioprinter bernilai RM450,000 kepada Pusat Kajian Kejuruteraan Tisu & Perubatan Regenaratif (CTERM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Big Stage 2023

#BIGSTAGE5: "Sampainya Hati..." - Digelar Besar Kepala, Degil, Aina Abdul Akan Minta Stylist 'Tone Down'

gempak
04/06/2023
01:55 MYT
Aina Abdul kata pakaian yang dipakai sebahagian daripada brandingnya.