Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Keenam-Enam Pelaku Dijatuhkan Hukuman Mati! Baru Hidup Saya Tenang" - Ibu Zulfarhan

Firdaus
25/07/2024 04:25 MYT
Ibu kepada mangsa buli, Zulfarhan mengakui dirinya berasa tenang selepas mahkamah menjatuhkan hukuman mati terhadap enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) selepas didapati bersalah membunuh.

Pelaku Layak Dihukum Mati

Menerusi video TikTok yang dimuat naik oleh akaun Mingguan Wanita, ibu kepada Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain iaitu Hawza Osman, 61, meluahkan bahawa setiap pelaku yang terlibat memang layak dikenakan hukuman gantung kerana perbuatan melampau mereka terhadap arwah.

"Sepatutnya pembuli-pembuli ni dihukum gantung. Keputusan mahkamah membawa ketenangan kepada diri saya tapi saya nak keenam-enam pelaku dijatuhkan hukuman mati! Baru hidup saya tenang.

"Apa yang saya tak boleh terima bila mereka tekap seterika dekat kemaluan arwah. Kalau dekat anggota badan lain saya okay lagi, tapi bila bahagian kemaluan itu ibarat nyawa seseorang," getusnya.
undefined
Sekadar info, pada 2 November 2021, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati, keenam-enam tertuduh bersalah atas pertuduhan dengan niat menyebabkan kecederaan kepada Zulfarhan tanpa niat membunuh, mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 30 tahun dan dikenakan denda jika perbuatan itu dilakukan dengan niat hendak menyebabkan kematian.

Kesemua mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah bilik di blok penginapan Asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017.

Zulfarhan meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.

BERITA TRENDING:"Dapat Petunjuk Ke Dapat Bisikan Iblis?" - Rita Rudaini Sokong Pihak Dapat Surat Layang Kes Zulfarhan Dihukum

​BERITA TRENDING:Cikgu Fadli Salleh Harap Kes Zulfarhan Jadi Iktibar - “Jangan Lagi Nak Sorok Kes Semata-Mata Jaga Nama, Nyawa Lebih Penting!”

​BERITA TRENDING:Hampir 20 Hari Diseksa Beramai-Ramai, 6 Tertuduh Dihukum Ke Tali Gantung, Ini Kronologi Kes Zulfarhan…

​BERITA TRENDING:“Kes Sebegini Paling Jarang Ditemui” - Hakim

Sementara itu, mahkamah turut menggantikan hukuman penjara tiga tahun kepada empat tahun, terhadap 12 lagi bekas penuntut universiti sama kerana mencederakan Zulfarhan mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan.

Mereka ialah Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri Agus, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Adib Iman Fuad Ady Sani dan Mohamad Syazwan Musa.

Mereka didapati bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Zulfarhan untuk mendapatkan pengakuan bahawa dia mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda.

Kesemua mereka yang kini berusia 28 tahun didakwa melakukan perbuatan itu di dua bilik, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 21 dan 22 Mei 2017.
#Berita #Buli #Zulfarhan #Ibu #Arwah #Mangsa #Hukuman gantung