Laman Utama
Keguguran Anak Kedua, Uyaina Sempat Rakam Buat Kejutan Hamil Pada Suami - "Tapi Sayang..."
Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad akui tidak dapat menggambarkan perasaannya apabila mendapat tahu saat dirinya hamil kali kedua pada Mei lalu.
Namun kegembiraan itu hanya sebentar sahaja kerana Uyaina memberitahu dia telah pun keguguran.
Bagaimana pun Uyaina sempat merakam momen saat kejutan kehamilannnya itu dibuat kepada suaminya, Raja Shahiran pada Mei lalu.
"Video ni diambil waktu bulan lima masa kami bercuti di Anantara. Alhamdullilah Allah beri rezeki untuk mengandung buat kali kedua.
"Happy.. Tak boleh diungkap dengan kata-kata... Syukur.
"Tapi sayang.. Kandungan tak lama. Uyaina keguguran. Walaupun sekejap. Tapi tetap Alhamdullilah syukur sebab Allah sempat pinjamkan kebahagiaan itu," luahnya.
Uyaina berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Menerusi hantaran yang sama dia memuat naik rakaman video kejutan itu bersama anak lelakinya yang berusia 10 bulan.
Difahamkan kemas kini igu dibuat sempena hari lahir suaminya baru-baru ini.
Menurut Uyaina dia bersyukur kerana tetap masih bersama meneruskan hari-hari yang mendatang bersama suaminya meskipun mereka baru sahaja mendapat perkhabaran duka.
"Di hari lahir suamiku, I’m glad that I’m going through this journey with you.. Terima kasih sebab sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk I & Urhan.
"I doakan yang terbaik untuk you dalam setiap apa yang you buat. Dan semoga Allah kurniakan rezeki yang tak disangka disangka untuk kita berdua.. Saling sayang menyayangi, hormat menghormati, dan berkasih sayang hingga ke syurga. Amin," kongsinya lagi.
Kemas kini itu mendapat perhatian pengikutnya yang telah memberi pelbagai rekasi temasuk bersimpati dengan berita yang dikongsikan itu.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2021 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Raja Urhan pada Semptember tahun lalu.
Must-Watch Video