,
Laman Utama

“Keguguran Ke?” - Sekejap Hamil, Sekejap Kempis, Perut Lucinta Luna Undang Pertanyaan Netizen

Azwa Rahman
08/06/2021
14:30 MYT
Bintang sensasi Indonesia, Lucinta Luna membuatkan wargamaya tidak keruan apabila perutnya kelihatan kempis meskipun dia baru mengumumkan dirinya hamil pada awal Mei lalu.
Menerusi laman sosial Instagram, Lucinta atau nama sebenarnya Muhamad Fattah berkongsi video sedang rancak menari bersama teman lelakinya.
Penyanyi transgender yang pernah berduet dengan Datuk Aliff Syukri menerusi lagu Bobo Di Mana ini kemudian mengundang pelbagai tanda tanya wargamaya apabila beberapa minggu lalu, dia kerap menayangkan perutnya yang berisi.
Di ruangan komen, video tarian tersebut dihujani dengan pertanyaan apakah Lucinta mengalami keguguran memandangkan perutnya yang kempis.
Tidak kurang juga ramai yang mengusik penyanyi dangdut itu dengan soalan-soalan yang memerli dan menyindir.
“Keguguran ya mama ur son?” tanya seorang wargamaya.
“Dah lahir ke belum ni? Kempis je perutnya. Esok tiba-tiba mengandung lagi. Hamil jangan dibuat main. Ramai yang ingin hamil tapi Allah belum bagi rezeki. Kalau niat memang nak buat content hamil, baik diteruskan selama 9 bulan. Jangan sehari mengandung, sehari kempis,” luah seorang wargamaya.
“Hamilnya ikut mood ya? Kandungannya sudah tidak ada,” Komen seorang wargamaya.
“Janinnya sudah pergi kerja ya mama?” usik seorang wargamaya.
“Positif aja mungkin ini video lama jadi dia belum hamil,” kata seorang wargamaya.
“Pencernaannya lancar, jadi tidak lagi buncit,” tulis seorang wargamaya.
“Mama lupa letak bantal ya? Kemarin perutnya kembung, tiba-tiba hari ini kempis,” ujar seorang wargamaya lagi.
Pada 4 Mei lalu, kecoh di media sosial apabila Lucinta mengaku dirinya hamil selepas alat ujian kehamilan menunjukkan tanda positif.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Unitar